`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, March 10, 2024

Kurikulum tak terjejas sesi persekolahan kembali ke Januari 2026

 

Seramai 1.44 juta pelajar memulakan sesi persekolahan 2024/2025 di semua sekolah negeri membabitkan Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu hari ini. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Kurikulum persekolahan dijangka tidak terjejas susulan langkah mengembalikan sesi persekolahan ke Januari pada 2026.

Ketua Pengarah Pendidikan, Azman Adnan, berkata kurikulum sedia ada akan dilaksanakan seperti biasa dengan jumlah persekolahan 150 hari setahun dikekalkan.

Katanya, ibu bapa dan guru tidak perlu bimbang terhadap dakwaan konon pelajar serta proses pengajaran dan pembelajaran akan terjejas berikutan langkah itu.

“Kementerian Pendidikan memberi jaminan kurikulum persekolahan tidak akan terjejas dan akan dilaksanakan seperti biasa.

“Jumlah hari persekolahan akan kekal 150 hari setahun, cuma ada perubahan sedikit tempoh cuti penggal yang akan dipendekkan.

“Kita akan ambil kira pandangan dan keselesaan bukan sahaja murid serta pelajar, malah guru dan ibu bapa terhadap langkah mengembalikan sesi persekolahan kepada Januari, dua tahun lalu,” katanya menurut Berita Harian.

Beliau ditemui selepas meninjau hari pertama persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Ismail (SSI).

Tahun lalu, KPM dilaporkan memutuskan untuk mengembalikan semula sesi baharu persekolahan kepada Januari pada 2026, berbanding bermula Mac dilaksanakan sejak 2022, susulan pandemik Covid-19.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, dilaporkan berkata untuk itu kerajaan sudah memulakan usaha mengawal kalendar akademik persekolahan bagi sesi 2024/2025 pada Februari 2025.

Seramai 1.44 juta pelajar memulakan sesi persekolahan 2024/2025 di semua sekolah negeri membabitkan Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu hari ini.

Sementara negeri lain akan memulakan sesi persekolahan esok.

Terdapat lima juta pelajar seluruh negara mengikuti aliran persekolahan kerajaan daripada prasekolah hingga Tingkatan 5. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.