`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, March 9, 2024

Lantik Zulkafperi beri persepsi kerajaan tawar habuan, kata pemimpin Amanah

 

Hasbie Muda menolak Dr Zulkafperi Hanapi dilantik ketua jawatankuasa skim insurans kesihatan nasional manakala William Leong berpendapat cadangan itu sebagai pembaziran. (Gambar Parlimen)

PETALING JAYA: Seorang pemimpin Amanah mahu kerajaan menolak “kesediaan” Ahli Parlimen Tanjong Karang Dr Zulkafperi Hanapi untuk mengetuai jawatankuasa skim insurans kesihatan nasional dicadangkannya di Dewan Rakyat, Khamis lalu.

Ketua Pemuda Amanah, Mohd Hasbie Muda, berpendapat sekalipun jawatankuasa itu ditubuhkan, ketuanya harus daripada Ahli Parlimen kerajaan bukan pembangkang seperti Zulkafperi daripada Bersatu, walaupun beliau mengalihkan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Hasbie Muda.

“Beliau boleh dilantik ahli jawatankuasa mewakili suara Ahli Parlimen pembangkang kerana masih ahli Bersatu.

“Kita bimbang kalau beliau dilantik akan membawa persepsi kurang baik, orang mungkin lihat itu sebagai habuan selepas sokong kerajaan,” katanya yang juga ahli Dewan Negara kepada FMT.

Zulkafperi, wakil rakyat ke-6 Bersatu yang menyatakan sokongan kepada Anwar Januari lalu mencadangkan skim itu ketika perbahasan titah diraja di Dewan Rakyat.

Beliau juga “sedia” mengetuai jawatankuasa pelaksana skim itu yang dicadangkannya diletakkan bawah Jabatan Perdana Menteri.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Bukit Gantang Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal dilantik mengetuai jawatankuasa menangani harga makanan dan kos sara hidup bawah Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara (Naccol) 28 Jan lalu, dua bulan selepas mengisytiharkan sokongan kepada Anwar.

William Leong.

Sementara itu, Ahli Parlimen Selayang William Leong menolak cadangan Zulkafperi yang disifatkan membazir sebaliknya memadai dipantau oleh salah satu Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.

“Ada 10 jawatankuasa khas berperanan memantau beberapa kementerian tertentu seperti Kementerian Kewangan, skim dicadangkan Tanjong Karang itu pun boleh dipantaunya,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.