`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, March 11, 2024

Mayat bayi perempuan ditemui dalam parit

 

Ketua Polis Perak Tengah, Hafezul Helmi Hamzah berkata pemeriksaan mendapati tiada sebarang kecederaan ditemukan pada fizikal bayi malang tersebut.

PETALING JAYA: Mayat bayi perempuan yang dipercayai baru dilahirkan ditemukan di dalam parit berdekatan tapak pembinaan sebuah hospital di Seri Iskandar di Perak petang tadi.

Ketua Polis Perak Tengah, Hafezul Helmi Hamzah berkata, pihaknya menerima laporan daripada orang awam berhubung penemuan mayat bayi tersebut pada jam 3.15 petang.

“Mayat ditemui dalam keadaan terbaring dan tenggelam di dasar parit dengan terdapat kesan tali pusat telah dipotong,” katanya lapor Sinar Harian.

Hafezul berkata pemeriksaan mendapati tiada sebarang kecederaan ditemukan pada fizikal bayi malang tersebut.

“Mayat mangsa kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Changkat Melintang untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca sebenar kematian,” katanya yang menambah, kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tersebut boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Mohamad Zulkarnaiin Jusoh di talian 013-9740294 bagi membantu siasatan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.