`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, March 10, 2024

Sarawak sedia 150,000 hektar tanah untuk tanam padi

 

Premier Sarawak Abang Johari Openg berkata kaedah penanaman padi di negeri itu akan menggunakan teknologi baharu dan jenis benih hibrid.

KUCHING: Kerajaan Sarawak menyediakan tanah seluas 150,000 hektar bagi memberi tumpuan dalam pengeluaran beras agar keselamatan makanan di negara terjamin.

Premier Sarawak Abang Johari Openg berkata projek penanaman padi akan dilakukan secara berperingkat menggunakan peruntukan daripada kerajaan pusat yang berjumlah RM173 juta.

“Saya anggarkan jumlah itu mungkin tidak mencukupi jadi kita juga akan tambah peruntukan dalam projek ini yang memerlukan sistem pengairan kerana kosnya agak tinggi.

“Kerajaan Sarawak juga memberi peruntukan secara beransur-ansur bagi pojek penanaman padi di kawasan selatan termasuk Simunjan, Gedong dan Sri Aman manakala kawasan utara termasuk Limbang dan Lawas, masing-masing 10 hektar setakat ini,” katanya kepada pemberita selepas meninjau tapak projek Jelapang Padi di Stumbin, Sri Aman.

Abang Johari berkata kaedah penanaman padi di Sarawak akan mengguna pakai model projek di Kampung Lubok Punggor yang menggunakan teknologi baharu dan jenis benih hibrid.

“Kita telah membuat kajian bersama Universiti Putra Malaysia yang mendapati satu hektar boleh ditanam lima musim dalam tempoh 24 bulan dan hasilnya ialah lapan tan.

“Sarawak merancang untuk membangunkan kira-kira 20,000 hektar lagi bagi projek penanaman padi,” katanya sambil menambah usaha dan kerja keras dalam projek itu akan membolehkan Sarawak meningkatkan pengeluaran beras negara sebanyak 100% menjelang 2030. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.