`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, March 14, 2024

Syor naik harga lantai padi RM1,500 dibawa ke mesyuarat Naccol

 

Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2024 mengumumkan kerajaan meningkatkan harga lantai belian padi kepada RM1,300 per metrik tan berbanding RM1,200 digunakan sejak 2014.

PETALING JAYA: Pasukan Petugas (Kluster Makanan) Majlis Tindakan Negara bagi Kos Sara Hidup (Naccol) akan mengesyorkan harga lantai padi dinaikkan kepada RM1,500 per metrik tan berbanding RM1,300 ketika ini.

Ketuanya Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata perkara itu akan dicadang pada mesyuarat Naccol pada 20 Mac ini yang turut dijangka menentukan harga kawalan beras.

Menurutnya, syor itu mengambil kira faktor jika kerajaan meluluskan harga beras putih Madani pada harga RM30 setiap 10 kilogram (kg) yang membolehkan pengilang mampu membeli pada harga lantai RM1,500 setiap tan padi daripada petani.

“Kami juga mencadangkan RM200 diberikan sebagai subsidi kepada petani untuk setiap tan padi bagi membolehkan mereka menampung kos pengurusan. Cadangan ini akan dibawa ke mesyuarat NACCOL pada 20 Mac ini.

“Mesyuarat itu nanti akan turut dihadiri pengilang, pemborang dan pesawah,” katanya selepas mesyuarat Pasukan Petugas (Kluster Makanan) Naccol hari ini, menurut Berita Harian.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang juga menteri kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2024 mengumumkan kerajaan bersetuju untuk meningkatkan harga lantai belian padi kepada RM1,300 per metrik tan, demi membantu pendapatan pesawah.

Sebelum ini, harganya ditetapkan pada kadar RM1,200 per metrik tan yang digunakan sejak 2014. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.