`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, March 22, 2024

Tan Sri IGP Tolong Lajukan Sikit Investigation Stokin

 Yang berikut ini dua video yang saya terima daripada seorang sahabat saya (bekas Hakim Mahkamah Tinggi). Saya telah singkatkan kedua video ini sebab panjang juga. Tapi mesej dia masih dapat ditangkap.

1. Gambar dan video pertama menunjukkan YAB Menteri Besar Kedah merasmikan Kejohanan Ragbi yang di-sponsor oleh KK Mart. Tahniah kepada YAB MB Kedah dan juga KK Mart yang sudi sponsor aktiviti kesukanan di kalangan anak-anak muda kita.

KK Mart sponsor Kejohanan Ragbi yang dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Kedah.


 

2. Yang berikut pula podcast oleh seorang lagi anak muda yang memberi sedikit analisa berkenaan isu 'stokin'. Ingin saya ucapkan tahniah kepada tuan punya podcast ini atas penyampaian yang rasional dan sabar yang lebih menyoal dan ingin tahu daripada membuat tuduhan tanpa asas.  Eloklah bukan semua anak-anak muda kita yang mudah teruja oleh sesuatu perkara tanpa soal selidik pucuk pangkalnya. Tahniah.

 


Saya juga telah melihat video lain oleh NGO tertentu yang membuat kenyataan media berkenaan isu ini juga yang walaupun sopan dan tidak mengancam sesiapa pun tetapi pakaian mereka dengan tengkolok dan tanjak membawa unsur perkauman. 

Jadi saya harap pihak PDRM, terutama sekali Tan Sri IGP akan segerakan siasatan kes ini dan kalaulah pihak PDRM boleh membuat kenyataan media dalam masa terdekat yang berasaskan fakta dan bukti yang boleh mencerahkan keadaan maka orang ramai akan lebih fahami situasi sebenar dan tidak perlulah pelbagai spekulasi dan persangkaan seperti yang sedang tular di sana sini. 

Kes ini melibatkan kepentingan dan ketenteraman awam (public interest) dan harus ditangani secara lebih segera.

The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.