`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, March 6, 2024

Tarik minat semua kaum, bukan fokus Cina ke sektor awam, kerajaan diberitahu

 

Dr Akmal Saleh menyarankan kerajaan menarik minat semua kaum bukan Bumiputera untuk menyertai sektor awam.

PETALING JAYA: Kerajaan perlu menarik minat semua kaum bukan Bumiputera ke sektor awam, bukan hanya memfokuskan kaum Cina sebagai penjawat awam, kata Ketua Pemuda Umno, Dr Akmal Saleh.

“Pertamanya, bukan galak kepada kaum Cina sahaja, ia patut digalakkan kepada kaum India dan kaum lain juga, terutama dalam bidang ketenteraan yang kurang penyertaannya di kalangan bukan Bumiputera,” katanya di Facebook.

Beliau mengulas kempen galakan kaum Cina menyertai sektor awam anjuran Setiausaha Politik Perdana Menteri, Chan Ming Kai di seluruh negara bermula di Melaka, Ahad lalu.

Chan dilaporkan berkata, kempen itu diadakan berikutan jumlah kaum Cina berminat menjadi penjawat awam rendah.

Berdasarkan pengambilan terkini penjawat awam oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), katanya, seramai 4,285 daripada 17,386 kaum Cina yang memohon jawatan disenarai pendek untuk temu duga, di mana hanya 1,634 calon lulus.

Sementara itu, Akmal menggesa kerajaan menghalang segelintir syarikat swasta tempatan yang meletakkan syarat pengambilan pekerja kaum tertentu saja.

“Ataupun syarat untuk tahu berbahasa selain daripada bahasa Melayu.” - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.