`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, March 8, 2024

Tiada had waktu operasi kedai makan P Pinang sepanjang Ramadan

 

Para peniaga di Pulau Pinang dibenarkan menjual makanan mengikut waktu operasi masing-masing pada Ramadan, tidak terhad kepada waktu petang sehingga malam. (Gambar Bernama)

GEORGE TOWN: Kerajaan Pulau Pinang membenarkan peniaga menjual makanan sepanjang bulan Ramadan tanpa had waktu operasi dengan syarat menghormati kemuliaan bulan tersebut.

Timbalan Ketua Menteri I Mohamad Abdul Hamid berkata, tiada had waktu operasi yang ditetapkan dan peniaga makanan tidak perlu hanya membuka perniagaan bermula waktu petang sehingga malam.

“Mereka (peniaga) boleh berniaga dari pagi. Bagaimanapun, dari sudut respek Ramadan ini, orang awam tidak dibenarkan makan di khalayak ramai,” katanya.

“Sebab itu kita lancarkan program ini kerana kita faham, akan ada uzur syarie. (Sekalipun uzur syarie) tak boleh makan di khalayak ramai, itu pon boleh tangkap kerana tidak menghormati Ramadan.”

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Kempen Respek Ramadan dan Operasi Bersepadu Bulan Ramadan di Masjid Jamek Kampung Rawa.

Turut hadir Penolong Pengarah Kanan Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang Alamin Majok.

Menurut Mohamad, Pulau Pinang mempunyai enam daerah bawah pentadbiran agama Islam, jadi operasi akan dijalankan dengan meletakkan penguatkuasa di setiap daerah berkenaan untuk menjalankan pemantauan setiap hari. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.