`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, April 13, 2024

11 alas kaki gambar kaabah dirampas di Johor

 

Alas kaki bergambar Kaabah yang dirampas Jabatan Agama Islam Negeri Johor sehari sebelum Aidilfitri selepas dijual di sebuah pasar raya di Batu Pahat.  (Gambar Facebook)
PETALING JAYA: Sejumlah 11 alas kaki bergambar Kaabah yang dijual di sebuah pasar raya di Batu Pahat telah dirampas oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor, sehari sebelum Aidilfitri lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam negeri, Mohd Fared Mohd Khalid, berkata tindakan itu susulan aduan orang awam terhadap tindakan pasar raya terbabit yang menjual alas kaki berkenaan sempena sambutan Aidilfitri.

Menurut Fared lagi, pihaknya telah melaksanakan pemantauan sehari sebelum Aidilfitri berikutan aduan orang awam, selain ia tular di media sosial.

“Pengurusan pasar raya sudah dipanggil bagi memberi kenyataan selain diberi amaran supaya lebih berhati-hati terhadap produk jualan yang tidak menyentuh sensitiviti masyarakat.

“Kenyataan tidak dikeluarkan sebelum ini bagi menghormati sambutan Aidilfitri selain meredakan kerisauan awam,” katanya lapor Berita Harian.

Sebelum ini tular pengguna media sosial memuat naik gambar alas kaki bergambar kaabah yang dijual di sebuah pasar raya terkenal di Batu Pahat.

Pengguna itu terkejut apabila mengamati gambar tertera adalah Kaabah atau Baitullah al-Haram yang menjadi kiblat bagi orang Islam terletak di Masjidil Haram, Makkah. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.