`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, April 13, 2024

‘Hanya cadangan’, kata BN berkait gesaan MCA tanding PRK Kuala Kubu Baharu

 

Megat Zulkarnain Omardin berkata BN Selangor telah bersedia berdepan PRK Kuala Kubu Baharu pada 11 Mei depan.

PETALING JAYA: Barisan Nasional (BN) Selangor berpendapat pendirian segelintir ahli dan pemimpin MCA supaya parti itu bertanding PRK Kuala Kubu Baharu hanya bersifat pandangan bukan ‘keputusan muktamad’.

Ketuanya Megat Zulkarnain Omardin berkata pihaknya menghormati gesaan itu yang antaranya disuarakan Ketua Pemuda MCA Selangor Tan Jie Sen, baru-baru ini.

“Itu pendapat (segelintir ahli dan pemimpin) MCA dan pandangan itu tak maksud satu keputusan,” katanya kepada FMT.

Pada 1 Apr lalu, Tan membidas Ketua BN Zahid Hamidi kerana mengumumkan bahawa komponen itu tidak akan bertanding di kerusi DUN Kuala Kubu Bharu di Selangor tanpa berunding dengan rakan-rakan sekutu BN.

Tan dilaporkan Oriental Daily mencadangkan MCA bertanding secara bebas pada PRK Kuala Kubu Bharu, 11 Mei depan, dengan tujuan untuk menang dan seterusnya menjadi “pembangkang di DUN Selangor”.

Seperti di peringkat pusat, kerajaan Selangor juga membabitkan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan BN.

Pada 22 Mac lalu, Zahid mengumumkan BN tidak akan bertanding merebut kerusi berkenaan dan sebaliknya menyokong calon diletakkan kerajaan perpaduan yang dijangka mengekalkan DAP.

PRK Kuala Kubu Baharu diadakan susulan kematian Adun DAP daripada PH Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lalu selepas beberapa tahun bertarung dengan kanser.

Megat Zulkarnain yang juga ketua Umno Selangor berkata mereka telah bersedia berdepan PRK itu, sambil menegaskan teguran bekas bendaharinya Tengku Zafrul Aziz tidak mengganggu persiapannya.

Jelasnya, beliau telah mendapat taklimat daripada semua pihak di Hulu Selangor.

Pada 6 April, Zafrul membidas tiada usaha “gigih” memperbaiki parti di negeri itu selepas kalah teruk pada PRN lalu yang sepatutnya menjadi amaran untuk berubah. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.