Bukan belajar daripada pengetahuan Barat yang membentuk imperialisme intelektual tetapi pergantungan padanya, dan sikap tidak kritis serta kekurangan keaslian (originality) yang timbul daripada ini. Minda seperti itu tidak dapat membezakan antara kesarjanaan yang baik dan yang buruk, antara kesarjanaan yang bertaraf tinggi dan yang biasa-biasa saja. Akibatnya, kita menjemput seseorang seperti Bruce Gilley untuk mengajar kita.
Beberapa tahun yang lalu, Gilley menerbitkan sebuah makalah, “The Case for Colonialism” (Third World Quarterly, September 2017). Dalam tulisan ini, dia memajukan kes untuk membenarkan penjajahan semula yang dihujahkannya akan membawa tamadun kepada negara-negara pasca penjajahan. Gilley cuba menjadikan kolonialisme sesuatu yang baik dan memanfaatkan golongan terjajah. Kita sudah biasa dengan hujah serupa yang dibuat oleh Zionis seperti Theodore Hertzl sejak akhir abad ke-19 yang mendakwa bahawa Yahudi Eropah yang menjajah yang akan membawa tamadun ke Palestin, bukan rakyat Palestin sendiri.
Ramai daripada kita dalam kalangan ahli akademik tertanya-tanya bagaimana kertas Gilley boleh melepasi proses semakan jurnal berprestij seperti Third World Quarterly. Pandangannya bukan sahaja menghina tetapi juga berdasarkan keilmuan yang sederhana.
Apakah kita mahu dibimbing oleh orang yang bersimpati dengan penjajah. Adakah ini tidak merendahkan diri?
Mentaliti kehambaan secara cendekia (intelek) tidak merasa malu oleh kenyataan bahawa kita masih banyak bergantung pada Barat sepanjang yang menyangkut pentadbiran universiti yang berasaskan gagasan neoliberal Amerika dan menganggap pendidikan sebagai perusahaan semata-mata.
Timbul dari itu obsesi dengan ranking universiti. Universiti kita telah hilang minat pada proses kreatif berfikir secara kreatif. Kita hanya bergantung pada agenda penyelidikan, idea, dan media penerbitan yang kebanyakannya berpusat di Amerika Syarikat dan Britain. Inilah yang dimaksudkan dengan imperialisme intelektual.
Semasa zaman penjajahan, sarjana British yang sering menjadi pentadbir kolonial pada masa yang sama bukanlah sarjana terbaik yang dihasilkan masyarakat mereka. Perkhidmatan kolonial cenderung menarik bakat yang lebih rendah. Sebagai contoh, walaupun British mempunyai sarjana hebat sejarah British, mereka tidak melahirkan sarjana hebat yang mengkhususkan dalam sejarah Melayu. Di samping itu, sarjana seumpama itu berfungsi sebagai penganjur penjajahan.
Saya melihat kesarjanaan Gilley dalam rangka ini. Saya sedia berbincang secara terbuka dengan mana-mana ahli akademik tetapi kita mesti tahu siapa sarjana yang patut kita hormati dengan jemputan kepada institusi pengajian tinggi kita, dan siapa yang patut kita kritik malah mengelakkan. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.