`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, April 14, 2024

Perkukuh semak imbang, penganalisis cadang lantik MCA ketuai jawatankuasa khas Parlimen

 

Presiden Wee Ka Siong (Ayer Hitam) dan Naib Presiden Wee Jeck Seng (Tanjung Piai) mewakili MCA di Dewan Rakyat.

PETALING JAYA: Seorang penganalisis berpendapat MCA perlu diberi ruang mengetuai mana-mana Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JPKP) bagi memperkukuh peranannya sebagai semak dan imbang dalam kerajaan.

Wong Chin Huat dari Universiti Sunway berkata bilangan JPKP ketika ini terlalu kurang sehingga lebih daripada 50 Ahli Parlimen termasuk mereka dari MCA tidak diberi peluang untuk memperkasa “peranan kebangsaan” jawatankuasa berkenaan.

Menurutnya, langkah itu mampu menjamin keberkesanan penggunaan bakat dalam pentadbiran daripada mengadakan barisan Kabinet yang “buncit”.

“Bukan sahaja tidak kelihatan Naib Presiden Wee Jeck Seng dalam 10 JPKP berkenaan, malangnya Presiden Wee Ka Siong juga hanya diberi keahlian JPKP Infrastruktur, Pengangkutan dan Komunikasi tetapi tidak diberi jawatan pengerusi yang setimpal dengan beliau.

“Sepatutnya JPKP (Infrastruktur, Pengangkutan dan Komunikasi yang menjaga beberapa kementerian itu dipecahkan lagi kepada tiga atau empat dan beliau boleh dilantik sebagai pengerusi,” katanya kepada FMT.

Baru-baru ini, Wee yang juga Ahli Parlimen Ayer Hitam menegaskan MCA akan terus memainkan peranan semak dan imbang dalam kerajaan, namun menyokong keputusan memberi manfaat kepada rakyat.

Tiada wakil dari parti itu dipilih menganggotai Kabinet selepas pembentukan kerajaan perpaduan selepas PRU15.

Oh Ei Sun dari Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura pula berkata MCA mampu memainkan peranan semak dan imbang dalam kerajaan perpaduan tanpa memegang jawatan dalam kerajaan.

“Parti itu akan hilang peranan yang dibanggakan itu jika berada dalam Kabinet,” katanya sambil menjelaskan MCA telah membangkitkan beberapa isu khususnya pendidikan yang membimbangkan masyarakat Cina. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.