`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, April 14, 2024

Tular dilarikan kereta hitam, budak ditemui selamat

 

Timbalan Ketua Polis Kuala Selangor, Mohd Ambia Nordin berkata, kanak-kanak itu dijumpai semula lebih kurang sejam setengah selepas hilang di kawasan rumahnya di Jeram, Kuala Selangor. (Gambar Bernama)

SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak perempuan lapan tahun yang tular dilaporkan hilang selepas dilarikan sebuah kereta berwarna hitam pada 11 April lepas ditemui selamat tanpa cedera pada hari sama.

Timbalan Ketua Polis Kuala Selangor, Mohd Ambia Nordin berkata, kanak-kanak itu dijumpai semula lebih kurang sejam setengah selepas hilang di kawasan rumahnya di Jeram, Kuala Selangor.

Beliau berkata, tindakan mengesan kanak-kanak itu dimulakan selepas polis menerima laporan pada hari sama, sebelum kanak-kanak itu ditemui dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan.

“Susulan itu, polis membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.

“Orang ramai diingatkan sentiasa mengawasi anak yang berada di luar rumah pada musim perayaan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baru-baru ini, tular di media sosial seorang kanak-kanak perempuan lapan tahun dilarikan kereta berwarna hitam ketika bermain di depan rumahnya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.