`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, May 12, 2024

401 projek naik taraf fasiliti kesihatan daif dijangka siap tahun ini

 

Projek menaik taraf fasiliti kesihatan yang sedang berjalan akan disiapkan sebelum hujung tahun ini bagi memberikan kemudahan kesihatan lebih baik buat penduduk, kata Dzulkefly Ahmad.

KOTA KINABALU: Sebanyak 401 projek melibatkan naik taraf klinik dan fasiliti kesihatan daif di seluruh negara sedang disiapkan pada tahun ini dengan kos dianggarkan RM150 juta, kata Menteri Kesihatan Dzulkefly Ahmad.

Dzulkefly berkata, daripada jumlah itu, katanya, sebanyak 55 projek naik taraf kesihatan berjalan di Sabah dengan kos RM21.5 juta.

Projek-projek itu dijangka siap sebelum hujung tahun ini bagi memberikan kemudahan kesihatan lebih baik buat penduduk di negeri itu, katanya.

“Kita pastikan ia disiapkan secepat mungkin,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Malaria, Tibi dan Kusta Sedunia peringkat kebangsaan di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Dalam pada itu, Dzulkefly berkata, tiga lagi projek sakit di Sabah bawah Kementerian Kesihatan (KKM) telah dikenal pasti, iaitu pembinaan Klinik Kesihatan Sikuati di Kudat serta naik taraf Hospital Papar dan Jabatan Pesakit Luar, Hospital Tambunan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.