`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, May 15, 2024

Budak 1 tahun antara 55 Pati ditahan di Seremban, Nilai

 

PATI
Sebanyak 12 borang saman saksi juga dikeluarkan kepada majikan atau penjaga premis untuk hadir ke Jabatan Imigresen Negeri Sembilan bagi membantu siasatan.

SEREMBAN: Seorang kanak-kanak antara 55 pendatang tanpa izin (Pati) yang ditahan dalam serbuan di 27 lokasi berbeza di sekitar Seremban serta Nilai, termasuk sebuah pasar raya terkemuka, pada Isnin dan Selasa lalu.

Pengarah Imigresen Negeri Sembilan Kennith Tan Ai Kiang berkata, kesemua tahanan berusia antara setahun hingga 51 tahun itu terdiri daripada 23 lelaki dan tujuh wanita warga Indonesia, enam lelaki (Myanmar); 11 lelaki (Bangladesh); dua lelaki (Pakistan); selain dua lelaki dan tiga wanita dewasa serta seorang kanak-kanak perempuan (Vietnam).

“Mereka ditahan atas pelbagai kesalahan bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya.

“Semasa operasi dijalankan, lima lelaki warga Indonesia melarikan diri apabila menyedari kehadiran pegawai Imigresen. Namun, kesemuanya dapat diberkas oleh pasukan serbuan.”

Beliau berkata, kesemua tahanan kemudian dihantar ke Depot Imigresen Lenggeng untuk siasatan lanjut.

Sebanyak 12 borang saman saksi juga dikeluarkan kepada majikan atau penjaga premis untuk hadir ke Jabatan Imigresen Negeri Sembilan bagi membantu siasatan.

Tan turut berterima kasih kepada orang ramai yang membantu pihaknya dengan menyalurkan maklumat berhubung keberadaan pendatang tanpa izin. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.