`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, June 3, 2024

Panik tengok ‘surat mahkamah’ scammer, pengarah urusan rugi RM520,000

 

POLIS
Ketua Polis Johor M Kumar, berkata mangsa sedar ditipu susulan didesak pindah lagi wang. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Pengarah urusan kerugian RM520,000 diperdaya scammer yang menghantar ‘kepala surat mahkamah’ menyatakan asetnya akan dibekukan kononnya terlibat pengubahan wang.

Ketua Polis Johor M Kumar, berkata lelaki warga tempatan berusia 46 tahun itu percaya apa didakwa itu selepas scammer membaca nama dan nombor kad pengenalannya, selain menerima surat tersebut menerusi Whatsapp.

Katanya, mangsa dihubungi individu memperkenalkan diri sebagai polis dari kontinjen Utara bahawa kad ATM mangsa ditemui dalam satu serbuan, dengan individu berkenaan menyambungkan panggilan kepada pegawai polis dikenali ‘Inspektor Lee Kha Seng’.

“Mangsa juga turut menerima surat melalui Whatsapp dengan kepala surat mahkamah menyatakan akan mengambil tindakan penyiasatan, penangkapan, dan pembekuan aset pengadu.

“Mangsa kemudian mengikut arahan diberikan dengan membuat pindahan wang ke akaun bank yang diarahkan berjumlah RM520,000,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, mangsa menyedari ditipu setelah terus didesak membuat lagi pindahan lagi walaupun sejumlah besar wang telah dipindahkan.

Mangsa kemudian membuat laporan semalam, katanya.

Kumar berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan menasihatkan mangsa penipuan segera menghubungi Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 sebagai tindakan awal menyekat pengaliran keluar wang dari akaun bank suspek. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.