Di manakah kuasa keadilan Melayu-Islam yang dicanangkan BN-PN? Jelas bagi saya ia semata-mata hipokrasi dua darjat.

Dah masuk bulan merdeka isu pasang bendera masih naik lagi. Apakan tidak, pejabat kerajaan di semua negara mesti pasang bendera sebab arahan dan semua premis komersial saya rasa terpaksa pasang mungkin sebab peraturan berniaga dalam majlis tempatan. Saya pun tak fahamlah kenapa si pemilik kedai atau pusat komersial serta ketua pengarah setiap jabatan kerajaan tak pergi periksa premis dan bendera sendiri supaya kita semua menghormati Jalur Gemilang dengan patriotisme yang betul.
Kalau ada bendera terbalik atau terjatuh jahitan bulan bintang senang saja suruh ubah dan tukar. Apalah susah sangat. Rumah saya, saya tak payah ‘check’ sebab saya tak mahu pasang pun kerana khuatir ‘dimain’ orang atau ditiup angin kencang nanti orang ‘snap’ gambar dah kita masuk lokap. Saya syor semua rakyat Malaysia selagi kebodohan kita menghadapi isu ini tak habis, baik tak payah pasang. Di kereta pun saya tak pasang. Isteri dah minta dua tiga kali, saya kata ‘no needlah babe’, abang kan tulis banyak artikel pasal merdeka dan bendera serta buat video YouTube lagi. Patriotisme sebegitu lebih mudah daripada bahaya pasang bendera.
Nak jadi cerita, di sebuah pejabat kerajaan di Terengganu bendera dipasang tanpa bulan dan bintang. Nak jadi cerita lain pula di Johor sebuah premis kilang dilihat memasang bendera terbalik tetapi cukup sifat bulan, bintang dan jalur. Yang di Terengganu tak cukup sifat dan yang di Johor semua cukup, cuma terbalik. Hmmm…yang mana lebih serius agaknya, yang campak buang bulan dan bintang atau yang ada bulan bintang tetapi nyanyuk terbalik?
Kalau saya nak pilih saya rasa yang di Johor tu lebih patriotik sebab dia cukup serba-serbi sifat bendera Malaysia. Yang di Terengganu tu saya rasa kurang ajar sikit sebab tak endahkan bulan dan bintang, simbol Islam pulak tu.
Baiklah, kita lihat dua reaksi kerajaan negeri masing-masing. Yang di Terengganu tu saya rasa tak ada apa-apa tindakan sebab ia mengambil ‘fatwa’ menteri besar yang kata sudah tentu ini suatu kesilapan jadi kita ‘move on’ sajalah. Tak payah ‘investigate’ tak perlu kecoh. Saya amat setuju dengan Dr Samsuri kita, pemimpin yang tegas dan pemimpin yang boleh maafkan orang. Saya selalu menulis kalau jadi terbalik bendera atau terkurang jalur kita maafkan dan tukar bendera habis cerita. Tak payahlah bawa gerombolan pemuda PAS dan Umno serta Bersatu pergi ke mana-mana nak ajar macam mana nak pasang bendera betul-betul. ‘Well done’ MB Terengganu!
Tetapi lain pula di Johor. Di sana kilang terpaksa ditutup entah untuk berapa hari saya tak tahu. Pemilik akan ‘diinvestigate’ dan mungkin didenda atau dihadapkan pertuduhan mencemar patriotisme negara. Mungkin Johor ‘very strict’ sebab yang terbalik pun ada bendera Johor walaupun cukup semua sifat-sifatnya. Sedih saya baca berita ini memandangkan kesan kepada pekerja. Kalau saya jadi orang majlis, saya denda saja pemilik tu RM10,000 dan bagi surat amaran lain kali saya tutup kilang sebulan. Tetapi saya lebih suka cara MB Terengganu yang saya harap jadi PM kita suatu hari nanti kerana beliau lebih bersifat relaks dan ‘compassionate’.
Sekarang, mari kita lihat reaksi kawan ‘favourite’ kita si ‘menteri Jalur Gemilang’. Apabila beliau ditanya pasal bendera di Terengganu beliau kata kena periksa dulu kut-kut jahitan pada bulan dan bintang tu putus akibat ditiup angin. Itu saja. Tak ada ‘statement’ menuduh ‘disengajakan’ dan tak ada tuduhan PAS tidak patriotik. Maklumlah di Johor berkawan dan di Nogori menikah. Di Melaka bolehlah ‘bersatu’ nanti. Jadi, reaksi beliau adalah ‘very’ diplomatik.
Apa pula reaksi ‘menteri Jalur Gemilang’ ini di Johor? Saya petik kenyataan beliau: “Tahniah kerajaan negeri Johor yang pantas bertindak dengan menyita kilang tersebut. Ini sepatutnya dilakukan bukan dengan membela mereka yang sengaja pasang bendera dengan terbalik.”
Wow! Bezanya reaksi kawan kita.
Yang di Johor siap dengan tuduhan ‘sengaja pasang’. ‘Very’ serius. ‘Investigation’ pun belum buat. Tak payah kut. Kalau orang lain semua salah tetapi kalau kawan sendiri ‘check’ dulu jahitan.
Di manakah kuasa keadilan Melayu-Islam yang dicanangkan BN-PN? Jelas bagi saya ia semata-mata hipokrasi dua darjat.
Selamat Hari Merdeka agar kita merdeka daripada hipokrasi dan kejahilan sendiri. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.