`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 

21 JUNE 2026

Wednesday, August 19, 2026

UniMAP terus jadi pembekal bakat industri strategik

 Raja Muda Perlis bertitah graduan perlu dilengkapi kemahiran, pengalaman kerja dan pensijilan profesional bagi memenuhi keperluan industri yang semakin berubah.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku canselor Universiti Malaysia Perlis berkenan berangkat menyempurnakan ‘UniMAP Industry Eminence Awards 2026’ di Iconic Marjorie Hotel, Nibong Tebal, Pulau Pinang. (Gambar Istana Arau)
PETALING JAYA:
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) terus memainkan peranan penting sebagai pembekal bakat kepada industri strategik negara apabila hampir 70% daripada kira-kira 3,000 graduan dilahirkannya setiap tahun menyertai sektor elektrik dan elektronik (E&E) serta semikonduktor.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, bertitah graduan universiti perlu terus diperkasakan dengan ilmu, kemahiran dan pengalaman selari keperluan industri termasuk di peringkat antarabangsa.

Baginda yang juga canselor UniMAP bertitah, pendekatan menggabungkan pembelajaran akademik dengan pengalaman sebenar di tempat kerja penting bagi memastikan graduan bukan sahaja bersedia memasuki alam pekerjaan, malah memiliki daya saing untuk memenuhi tuntutan industri masa depan.

“Usaha memperkukuh pembelajaran berasaskan kerja (WBL), pensijilan profesional dan program diiktiraf industri perlu dipertingkat bagi melahirkan graduan mempunyai kemahiran relevan serta mampu menyesuaikan diri dengan perubahan teknologi dan keperluan pasaran pekerjaan yang semakin dinamik,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika menyempurnakan ‘UniMAP Industry Eminence Awards 2026’ di Iconic Marjorie Hotel, Nibong Tebal, semalam.

Turut berangkat Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang juga pro canselor UniMAP.

Tuanku Syed Faizuddin turut menyeru rakan industri memperkukuh kerjasama strategik dengan UniMAP, khususnya dalam bidang berpotensi menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan pembangunan teknologi negara.

Majlis itu memberi pengiktirafan kepada 31 rakan industri strategik yang menyumbang dalam memperkukuh ekosistem pendidikan tinggi universiti, khususnya dalam aspek pengajaran dan pembelajaran, pembangunan mahasiswa, penyelidikan, inovasi serta pengkomersialan.

Penerima anugerah terdiri syarikat multinasional, perusahaan kecil dan sederhana (PKS), serta agensi kerajaan.

Majlis turut diadakan sempena sambutan Jubli Perak 25 tahun penubuhan UniMAP, yang mencerminkan peranan universiti dalam membangunkan kepakaran, bakat dan inovasi berteraskan teknologi dan kejuruteraan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.