`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, March 30, 2013

WASPADA!!.....PEMBANGKANG AKAN MELAKSANAKAN KERJA JAHAT


Mengajar kaum-kaum ibu cara2 mengundi dengan mencalit dakwat hitam adalah rancangan jahat terbaru Pakatan Pembangkang.Kurang seminggu sebelum hari mengundi, pembangkang akan melaksanakan kerja2 jahat mereka melalui NGO-NGO yang pro pembangkang PR akan mula masuk ke taman2 dan kg2 untuk ajar kaum2 ibu cara baru mencalit dakwat di jari. Perlu diingatkan bahawa dakwat cuma akan hilang dalam masa selepas 7 hari. Bila tiba hari mengundi, golongan ini akan dihalang dari mengundi kerana sudah ada kesan dakwat.

Mohon sebarkan kepada semua orang supaya berwaspada dengan tektik jahat pembangkang ini. Kalau ada yang nak berbuat jahat seperti itu dan dapat ditangkap ....... curah mereka dengan dakwat hitam atau cat hitam ......
.

-canang

Rafizi Ramli: You Have To Make Sure A New Malaysia Is A Reality

Lahad Datu : Kampung Tanjung Batu musnah.....


Kampung Tanjung Batu musnah

Dua penduduk kampung menadah tangan berdoa di depan rumah mereka yang musnah terbakar ketika dibawa meninjau kerosakan harta benda di kampung tersebut.
Kampung Tanjung Batu musnah

Sebuah banglo dan kenderaan milik penduduk Kampung Tanjung Batu turut musnah akibat pertempuran baru-baru ini.
Kampung Tanjung Batu musnah

Salah sebuah rumah penduduk yang musnah terbakar akibat pertempuran antara kumpulan pengganas dan pasukan keselamatan dalam Op Daulat.

LAHAD DATU - Selepas 24 hari Op Daulat dilancarkan untuk memusnahkan kedudukan militan Kiram, akhirnya penduduk Kampung Tanjung Batu dibenarkan memasuki kawasan tersebut sambil ditemani oleh pasukan keselamatan.

Kedatangan penduduk ke kampung ini bertujuan untuk menilai tahap kerosakan yang dialami, namun beberapa kawasan kampung tersebut belum boleh dimasuki kerana masih berada dalam Zon Merah.

Ketua Kampung Tanjung Batu, Mahmud Mallang, 72, berkata, dia berasa amat sedih apabila melihat kehancuran kampung yang didiaminya sejak tahun 1959 lagi.

Katanya, perasaan marah penduduk terhadap militan Kiram begitu meluap-luap kerana segala usaha dikerjakan selama ini musnah sekelip mata.


“Hari ini pertama kali saya menjejakkan kaki di Kampung Tanjung Batu sejak pencerobohan bermula, saya rasa amat sedih dan marah.

“Dari 107 buah rumah, 70 peratus daripadanya musnah sama sekali dan semuanya ada kesan tembakan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Mahmud yang memiliki dua buah rumah di sini berkata, kedua-dua rumahnya hancur, malah tiga kenderaannya turut rentung kesan daripada pertempuran yang meletus di kawasan tersebut.

“Kami sudah tiada apa-apa lagi. Kami kerugian ratusan ribu ringgit, namun kami reda dan yakin dengan kemampuan pasukan keselamatan dan kerajaan dalam menangani isu ini,” katanya.

Ditanya sama ada penduduk Kampung Tanjung Batu bersedia dipindahkan di kawasan baru seperti penduduk Kampung Tanduo, Mahmud berkata, penduduk mahu terus tinggal di kawasan tersebut.

“Apa pun, kami tetap mengikut arahan kerajaan.  Jika dibenarkan tinggal maka kami tinggal, jika tidak kami akan ikut (arahan kerajaan),” katanya.

Seorang lagi penduduk, John Dulahab, 62, berkata, rumahnya turut musnah namun tetap bersyukur kerana semua keluarganya selamat.

“Walaupun segalanya musnah, kami masih mahu tinggal di sini. Di kampung inilah tempat kami lahir, membesar dan kami mahu hembuskan nafas terakhir di sini,” katanya.

Menyelusuri Kampung Tanjung Batu, deretan rumah penuh dengan kesan tembakan dan bom, kesan daripada kekuatan ketenteraan negara dalam menghapuskan militan Kiram yang berkubu di kampung tersebut.

Malah, kelongsong peluru dan serpihan bom memenuhi setiap kiri kanan jalan menggerunkan perasaan sesiapa saja yang memasuki kampung itu.

Ketua Masyarakat Tanjung Labian, Assafal Alian, 43, berkata, dia tidak sabar untuk melihat pencerobohan ini berakhir dan militan Kiram dihalau terus dari bumi Sabah.

“Kami hilang punca pendapatan kerana pencerobohan ini. Kami tidak akan memaafkan mereka. Tanah Sabah aman, tetapi kehadiran mereka menukar segalanya,” katanya.

Kampung Tanjung Batu menjadi lokasi pertempuran pasukan keselamatan negara sejak 7 Mac lalu apabila beberapa militan Kiram berjaya meloloskan diri dari kepungan di Kampung Tanduo.

Sementara itu, Pejabat Daerah Lahad Datu berhasrat mahu menjadikan Kampung Tanduo pusat pelancongan bersejarah baru pada masa depan ekoran pencerobohan militan Kiram.

Pegawainya, Zulkifli Nasir berkata, insiden berdarah di Lahad Datu seharusnya dikenang buat selama-lamanya kerana isu ini melibatkan seluruh rakyat Sabah khususnya dan Malaysia amnya.

“Ini cadangan kami, kami mahu bina satu monumen di Kampung Tanduo bagi memperingati insiden ini.

“Kami juga berhasrat supaya kawasan kampung ini dijadikan kawasan pelancongan yang baru selain menjadi pusat sejarah negeri,” katanya.

Ditanya mengenai tempoh masa diperlukan bagi mengetahui kerosakan yang dialami Kampung Tanjung Batu, Zulkifli menegaskan masa yang diperlukan kira-kira tiga minggu lagi.

Katanya, penduduk kampung hanya dibenarkan masuk dan mendiami semula rumah mereka apabila pihak polis memberi lampu hijau.

Mengulas mengenai kemungkinan penduduk Kampung Tanjung Batu turut diberikan kawasan penempatan semula, Zulkifli berkata, ia adalah cadangan yang baik.

“Konsep yang akan digunakan adalah mini estet, di mana penduduk akan diberikan kawasan yang teratur dan senang dipantau.

“Ia juga memberi keselesaan kepada penduduk nanti,” katanya.

TERKAM KUNYIT! AKHIRNYA PAPA GOMO KELUARKAN VIDEO PAPA HOMO YANG PENUH!



Ketua AMK beli no plat RM100 ribu..

Yeke?


Biar betul ? Selama ini rakyat ingat pemimpin DAP, PAS & PKR hidup cara sederhana. Siang malam depa tibai kata pemimpin BN yang hidup mewah.

Berapa harga plat PRU 13 tu ? Mana dapat duit ? Hasil kutipan ceramah ke ?

Rakyat mahukan jawapan !!!!

Sumber :  http://minda-hijrah.blogspot.com/2013/03/ketua-amk-pkr-sam-ketot-beli-plat-pru13.html

Pendaftaran no plat terkini ikut JPJ plak menyatakan ;

Rujukan : http://www.jpj.gov.my/web/guest/transaksi-percuma-no.-pendaftaran-terkini

So mana datang no plat PRU 13 tu?

Special request? Ataupun SPECIAL SUPER IMPOSE?

KAH KAH KAH

Cuba balon ketua AMK tue kaw2. Bagi fakta ke apa seme. Since aku pun tatau apa peranan dia sebagai ketua AMK kan. Tapi takpela, silap aku juga kalau menyuruh orang yang BODOH membongkar fakta, ye tak?

KAH KAH KAH

- amenoworld

Barang Pelik Datuk Najib



Apakah yang dimaksudkan dengan poster Datuk Najib ni? Pelik!!

Inilah kebahagiaan. Kebahagian apa yang ingin ditunjukkan? Bahagia kerana conteng muka.

Mungkin hanya Najib yang bahagia kerana dapat menconteng muka rakyat? Tentu bahagia jadinya apabila muka PM ni yang diconteng sama.

Kalau pun dah menjadi penyokong bola sepak Malaysia, takkan muka nak dijadikan tontonan. Agak-agak bila ia akan diturunkan… -ekeleh.com

[Bongkar] Selepas internate dan permit teksi kini Najib tiru lagi...!


Aduhai.. Kak Ros nie rela kaa paksarela jadi pembonceng nie?

PECAH BERITA! Ejen MIC Datang Rumah HASUT Suruh TUTUP KES!



Sudahlah mati dipukul, ada juga manusia tak berhati perut cuba pengaruhi keluarga mangsa suruh kambus lubang yang mereka gali sendiri?

Ejen-ejen parti Kongres India Malaysia (MIC) datang ke rumah S. Sugumar dan meminta kedua ibu bapanya segera mengebumikan mayat mendiang sebagai cubaan untuk menutup kes kematiannya, kata sepupu kepada mangsa keganasan polis itu.

“Ejen MIC dah datang dua kali ke rumah dan cuba hasut supaya segera kebumikan Sugumar. Mereka cuba mainkan emosi ibu bapa yang sudah tua dan elak jumpa kami yang masih muda,” kata Anand Thakannan, 40.

Anand berkata, ibu kepada Sugumar juga mendakwa wakil daripada MIC itu menawarkan sejumlah wang untuk mempercepatkan upacara pengkebumian, namun ditolak keluarganya.

“Saya takkan benarkan mereka beli keadilan dengan wang ringgit."

“Kalau MIC betul-betul ikhlas mahu membela nasib kaum India, mereka bekerjasama dengan kami dapatkan keadilan untuk Sugumar, bukan hasut tutup kes,” katanya kesal dengan parti yang kononnya membela kaum India itu.

Dalam kejadian di Hulu Langat, Selangor, Januari lalu, Sugumar yang juga pengawal keselamatan dipukul sekumpulan individu dalam keadaan bergari, selepas dikejar beberapa anggota polis.

Saksi mendakwa polis turut memijak tengkuk mangsa dan melumurkan mukanya dengan kunyit.

Laporan bedah siasat Hospital Serdang menyatakan mangsa mati akibat serangan jantung.

Namun ditolak keluarga mangsa dan mahu pakar bedah Thailand, Dr Pornthip Rojanasunand, melakukan bedah siasat kedua ke atas mangsa.

Sehingga kini, kerajaan enggan melayan tuntutan berkenaan dan mayat Sugumar hari ini genap 65 hari diletakkan di bilik mayat Hospital Serdang.

Anand ketika dihubungi turut mendedahkan nama dua anggota polis yang terlibat memukul Sugumar sehingga mati.

“Sarjan Lotfi adalah Ketua Balai Polis Batu 14 Hulu Langat yang bertanggungjawab dalam kes pembunuhan ini, dan Koperal Khalid adalah pegawai yang memijak leher Sugumar. 

Kami mahu dua polis ini disiasat terutama pegawai yang memijak leher beliau sehingga mati,” Tegas Anand.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Biro Hak Asasi dan Undang-undang KEADILAN, S Jayathas berkata, satu demonstrasi menuntut keadilan kepada Sugumar bakal diadakan minggu hadapan.

Demonstrasi di hadapan pejabat perdana menteri itu akan menyaksikan perarakan masuk ‘keranda sugumar’ selepas lebih 65 hari dibiarkan di Hospital Serdang. 

- Jalan Pulang

Lepas 48 jam, NGO India mahu 'langgar' Zul Noordin


Selepas didedahkan PKR semalam, sekumpulan aktivis NGO India terus membuat laporan polis terhadap anggota parlimen Kulim-Bandar Baharu Zulkifli Noordin atas dakwaan menghina agama Hindu.

Setiausaha Agung Persatuan Progresif India Malaysia (Mipas) S Baradidathan membuat laporan itu di Petaling Jaya tengah hari semalam.

NONE
Baradidathan menyifatkan, kenyataan Zulkifli, yang rakaman videonya boleh ditonton di Youtube sebagai penghinaan amat besar dan hasutan yang boleh menjejaskan ketenteraman awam.

"Kami memohon supaya siasatan dan tindakan terhadap yagn berhormat ahli parlimen bebas Kulim-Bandar Baharu dimulakan dengan segera," laporan polis yang salinannya dihantar kepada pihak media itu dipetik.

Sementara itu, Mipas juga memberikan 48 jam, bermula semalam kepada Zulkifli untuk memohon maaf secara terbuka kepada masyarakat Hindu atau bakal berdepan bantahan besar-besaran di seluruh negara.

Naib Presiden PKR N Surendran semalam mendesak Zulkifli yang juga naib presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA disiasat bawah Kanun Keseksaan ekoran kenyataannya itu.

Dalam video itu Zulkifli kelihatan seperti menyampaikan ceramah agama di surau dan menceritakan perbualannya dengan seorang penjual berhala Hindu berhampiran di Kuala Lumpur yang kedainya baru dilanda banjir.

Perbualan itu antaranya memuatkan persoalan sekitar kenapa tuhan di kedai itu tidak menahan air daripada memasuki kedainya itu.

Malaysiakini semalam cuba menghubungi Zulkifli bagi mendapat komennya tetapi tidak berjaya.

NONE
Sementara itu, Pasukan Bertindak India Nasional (NIAT) yang dipengerusikan oleh Datuk Thasleem Mohd Ibrahim (kiri) juga membuat laporan polis di IPD Dang Wangi berhubung perkara itu semalam.

"Sebagai seorang Islam, saya malu dengan kenyataan Zulkifli kerana Islam melarang seseorang dariapda menghina agama dan bangsa lain," katanya.

Sementara itu, Presiden Hindu Sangam RS Mohan Shan pula berkata, video yang dipercayainya diucapkan pada 2011 itu mendapat kecaman menyeluruh pelbagai pihak, justeru Zulkifli patut dikenakan tindakan.

"Kenyataan yang nakal dan merosakkan itu telah mencetuskan perasaan tidak puas hati masyarakat Hindu dan jika tidak dibendung akan merosakkan hubungan damai pelbagai kaum dan agama di negara itu," kata Mohan semalam.

Sementara itu, kumpulan persaudaraan untuk hak asasi manusia AsSajjad Movement dalam kenyataannya menyifatkan Zulkifli sebagai melampaui batas sivil dan "terang-terangan mempersendakan agama Hindu".
"AsSajjad Movement berharap seseorang Muslim yang komited untuk menjadi insan bertakwa dapat menghormati hak-hak kaum minoriti. 

"Sesungguhnya dalam era akhir zaman ini, tidak ada satu peradaban dapat berdiri sendiri tanpa berdialog dengan peradaban lainnya," kata kumpulan itu dalam kenyataannya hari ini.-Mk

Umno BN Akan Terus Menipu Untuk Pertahan Putrajaya Habis-habisan



KELAB GREEN BOC

Umno BN akan menggunakan pelbagai penipuan asalkan pilihan raya umum (PRU) nanti tidak dimenangi Pakatan Rakyat.

Aktivis Hishamuddin Rais berkata, strategi berterusan Umno BN itu bagi memastikan kemenangan berpihak kepada mereka.

Katanya, mereka menjadikan PRU ke-13 bukan sekadar pertarungan merebut undi tetapi perlawanan penipuan untuk mengekalkan kuasa.

“Umno BN tidak akan mudah menyerah mandat kepada Pakatan Rakyat. Mereka tetap akan meneruskan penipuan.

“Sebagai orang terlibat langsung dengan Bersih, saya melihat perlawanan ini bukan perlawanan satu undi untuk satu pengundi. Kami dapati setiap hari ada aduan mengenai kehilangan nama dalam senarai pengundi. Mereka hanya boleh mengundi untuk Parlimen tapi tidak boleh untuk Adun, alamat ditukar dan pelbagai lagi.

“Tan Sri Khalid (Ibrahim) contohnya sebagai Menteri Besar Selangor, mestilah mengundi di Selangor, tetapi ditukar kepada Seksyen 16 dalam kawasan Lembah Pantai. “Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar pula pada PRU 2008 menang dengan undi 2,000 dan sekarang mereka (Umno BN) mulakan proses memasukkan pengundi tambahan sebanyak 19,000. Walaupun Izzah membawa kes ini ke mahkamah tapi segalanya dikawal, ini yang berlaku,” kata Ahli Jawatankuasa Pemandu Bersih itu.

Beliau berkata demikian pada Forum ‘PRU 13, Ke Mana Malaysia?’ anjuran bersama Strategic Information and Research Development Center (SIRD) dan Malaysiakini di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor (KLSCAH), malam tadi. Antara panelis lain ialah Editor Malaysiakini, Steven Gan; Pegawai Eksekutif Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) dan Produser Radio BFM, Sharaad Kuttan. Turut hadir, Timbalan Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Rozan Azen Mat Rasip.

Mengulas lanjut, Hishamuddin turut memberi contoh penipuan Umno BN.

“Seperti yang berlaku di Felda Sungai Tengi, Kuala Kubu Bharu. Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman dihalang dari memasuki Felda itu hanya untuk berceramah.

“Berapa nilai Felda itu? RM100 juta? RM200 juta. Bagaimana pula Putrajaya berharga berbilion-bilion, bertrilion-trilion? Sudah tentu mereka akan mempertahankannya habis-habisan,” kata beliau.

Tambah Hishamuddin, jika penipuan itu berterusan, rakyat tiada pilihan selain turun ke jalan raya sekali lagi.

“Dalam negara dunia ketiga ini, ‘real’ politik itu tidak wujud. Yang wujud adalah kekuasaan melalui wang ringgit. Ini dipraktikkan oleh Umno BN.

“Cara paling berkesan untuk menumbangkan rejim ini dengan turun ke jalan raya dan mendesak supaya dua pemimpin tertinggi dalam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dikaitkan dengan Umno BN berundur dan menubuhkan SPR yang benar-benar bebas supaya PRU bersih dan adil.

“Beberapa minggu lalu pilihan raya umum diadakan di Kenya. Apa yang berlaku? SPR Kenya memainkan peranan dalam memastikan parti pemerintah terus menang, keadaannya sama denganapa yang berlaku dalam negara kita,” tegasnya. – NS

PECAH BERITA! Umno Pun Bakal Dapat 'TELUR' Macam MCA?



Nampaknya, bukan setakat MCA yang bakal menerima anugerah 'telur' dari para pengundi Selangor malah ia kini turut merebak kepada Umno!

Ini dibuktikan semasa Barisan Nasional (BN) Selangor menjadikan pertemuan dengan usahawan logistik dan pengangkutan pada program 'Get Together Selangor Logistics Fraternity' untuk melobi sokongan bagi pilihanraya umum ke-13.

Tinjauan Keadilandaily pada program semalam mendapati, Timbalan Pengarah Jentera Pilihanraya BN negeri, Mohd Zin Mohamed terpaksa merayu kepada kumpulan usahawan itu untuk memberi sokongan kepada BN.

"Kami merayu sokongan anda. Pilihanraya semakin hampir. Biarlah saya cakap secara jelas dan berterus terang," katanya di hadapan kira-kira 100 hadirin pada program itu di Hotel Premiere, Klang semalam.

Mohd Zin merupakan Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), yang sebelum ini mencetuskan kontroversi kerana menjadikan kemudahan pengangkutan awam itu sebagai kempen bergerak BN.

Dalam program sama, Presiden KTMB, Elias Kadir berterus terang akan menyokong BN dalam pilihanraya umum akan datang, meskipun memegang jawatan dalam syarikat berkepentingan awam.

"Saya selalu ditanya sama ada saya ini mewakili KTMB atau BN? Saya terus terang katakan saya ialah penyokong BN," kata Elias.

Sebelum bersama KTM Berhad, Elias mengetuai operasi di beberapa konglomerat utama seperti UMW Toyota, Edaran Otomobil Nasional (EON), Proton, Kontena Nasional, Northport dan FELDA.

Pengakuan terbuka itu menguatkan hujah Pakatan Rakyat bahawa KTMB dijadikan kuda tunggangan Umno-BN pada kempen pilihanraya umum ke-13.

Pada 25 Julai 2012, KEADILAN mendedahkan bahawa KTMB mengarahkan kakitangan jabatan korporat, sumber manusia dan pemasaran untuk mengedar kurma pada bulan Ramadhan yang merupakan kempen BN.

Manakala pada 12 April 2012, Mohd Zin Mohamed mengeluarkan arahan agar bendera BN dipasang di 28 stesen komuter di seluruh Selangor.

Dalam tinjauan Keadilandaily, seorang penyokong Parti Progresif Penduduk (PPP) dari Ampang yang tidak dinamakan berkata, pertemuan bersama tersebut adalah yang pertama kali dianjurkan BN Selangor.

"Sebelum ini tak pernah. Ini kali pertama BN buat pertemuan dengan usahawan ini. Itu pun sebab dah kalah pilihanraya 2008," katanya kepada Keadilandaily semasa sesi minum petang.

Program semalam menghimpunkan wakil komponen parti Barisan Nasional dari 22 bahagian di Selangor.

Sehingga program berakhir jam 7.30 petang, didapati tidak ada seorang Adun BN Selangor hadir ke program tersebut.

Semalam, pengerusi MCA negeri, Donald Lim Siang Chai juga mengeluarkan kenyataan serupa yang merayu agar parti itu diberi peluang untuk memerintah semula bersama BN kerana jika tidak, MCA akan mendapat 'telur' (kosong) dalam pilihanraya umum tidak lama lagi. 

ONE WAS BAD ENOUGH! NOW THRE ARE THREE SABAHAN JUDAS ISCARIOTS


During my recent stay in hospital I spent a lot of time willing myself to wellness by thinking positive thoughts thru reading. One morning  a patient next to me asked if he could use my laptop to go into Free Malaysia Today which I seldom log on to. Minutes later I heard him bellow out, “These bastards will never change.” THIS was what brought about the rant!
I later read the piece and promised my ward-mate that I would give these three a piece of my mind when I am discharged. He smsed me this morning and asked for what I promised. Here it is brother.
Enough is enough……should we abandon Sabah…..should we waste effort on a lost case? How can we help people who do not want our help. Lately we have witnessed some gesticulations from over there. Now I realized that they were not sending semaphore signals……they were blowing semaphoric ass kisses to us from across the South China Sea.
It is an acknowledged fact that leap frogging had its origin there in Sabah from the time of Tun Mustaphar. For a hectare here and more hectares there the Sabah politicians would negotiate their souls. Onward Christian soldiers? Balls! These were/are mercenaries. They closed their eyes and ears during Project M. We heard insignificant whimpers but no loud remonstrations….because they were numbed into dumbness. I once thumped a guy in front of me for scratching his ass during the singing of the National Anthem. I suppose being dumb is equivalent to the scratching!
Is Sabah a place where they pay you a thousand ringgit for an ass kiss and 50 cens for your soul? A piece of ass-wipe cost more these days, no?
Once people said: Give me liberty or give me death. Now they say: Make me a slave, just pay me enough! Is there a parallel? The saddest thing about selling out is just how cheaply some of us do it for.
As always Confucius was right when he said: “The superior man understands what is right; the inferior man understands what will sell.” Selling out is what you do when you’re afraid. Afraid to lose those goodies and deliriously coveting in UMNO swivel, grinning proudly to be labeled the safe-deposit of BN!



 Just look at their satisfied look….you get that for sitting too long on your ass.
 “A person with no back bone, devoid of any self-respect or sense of direction in their life will often conclude that ass kissing is a wise career choice whereas that is the path where they eventually get what's coming to them, a shitty end.” I just paraphrased a John Frank. But that was the choice of Sabahans all along when they chose their leaders with their butts and…………. stooping! WHAT WILL IT BE THIS TIME AROUND BECAUSE THERE IS NOT GOING TO BE ANOTHER TIME!
SABAH, SABAH, PATIENCE! Lancheow! I have run out of this commodity. One Judas was enough, now there are THREE! All fart fungus!





Parting shot: Just wondering what these TRIO will pray for when they attend Easter Services tomorrow? Redemption?

Menteri Kewangan Fail menyekat penyeludupan wang haram!



Saya menyebut mengenai aliran haram wang dari Malaysia. dalam tahun 2010, hampir RM200bilion wang haram diseludup keluar negara kita. Ini meletakkan negara kita ditempat kedua selepas China dalam jinayah menyeludup wang keluar. Kenapa perkara ini dibiarkan? Mengapa menteri kewangan tidak segera membenteras penyeludupan wang dari Malaysia?

Sedang ini terjadi, menteri kewangan kita sibuk dengan gangnam stail dia, membiayai pementasan drama mengenai LGBT. Inilah dia PM yang akan membawa kita ke mercu kejayaan, kegemilangan dan keterbilangan.

Siapa Mahathir yang hendak mengesahkan Najib sebagai calun PM yang terbaik? Mahathir tahu Najib seorang PM yang korap dan rasuah. Mahathir tahu bagaimana dia memujuk Najib supaya menyokong dia dan belot kepada Tengku Razaleigh semasa Mahathir menghadapi cabaran dari Razaleigh. Suatu hari, Mahathir telah menunjukkan ‘suatu bukti’ kepada Najib yang ketika itu MB Pahang, dan memberi kata dua kepada Najib. Bila melihat bukti tersebut, telur Najib hilang sebentar dan dia terus melutut kepada Mahathir.

 Najib adalah bandingan yang lesu kepada Tun Razak. Dia seorang yang tidak ada integrity.

Perkara ini diberitahu kepada saya oleh Tun Oracle.

Siapa Tun Oracle ini? ada seorang pemuda yang menganggap diri nya terlalu pandai cuba meneka siapa Tun Oracle ini. kita biarkan dia dalam igauan ngeri dia untuk mengesahkan siapa Tun Oracle. mustahil lah nama yang dia sebut mengetahui dengan terperinci apa yang Tun Daim buat. Kecuali Tun Oracle itu bayangan sebenar kepada Tun Daim. Tun Oracle ini berkhidmat lama di Sarawak dan kenal dengan fiil orang Sarawak. semasa kes Kalong Ningkan, Tun Oracle bertugas sebagai penasihat  undang2 negeri Sarawak- state legal advisor. Dari sini siapa yang tahu sejarah sudah tentulah tahu siapa Tun Oracle.

Biar saya beri sedikit lagi clue. Dalam ruang tamu pejabat Tun Oracle ada beberapa lukisan Ibrahim Hussein yang berbentuk panel lukisan. Terdapat juga lukisan erotic yang menujukkan seorang kanak2 sedang disusukan oleh sang ibu. Ada sebuah lukisan yang menggambarkan kerbau2 yang dibariskan secara horizontal.

Jika kita pergi ke ruang sebelah, terdapat display cupboard. Disana ada t shirt bola Mancehster United yang ditanda tangan oleh semua pemain team Manchester United. Ia nya dihadiahkan kepada Tun Oracle. Terdapat juga sebuah topi formula one yang ditanda tangan oleh Michael Schumacher.

Saya rasa cukup lah clue2 ini saya beri. Mereka yang mendapat privillege memasuki kamar pejabat Tun Oracle akan segera tahu siapa Tun Oracle. saya cadangkan pemuda yang semacam hendak pecah kepala meneka siapa Tun Oracle pergi mendapatkan seoarang dari pemberita yang menemuramah Tun Daim bertanya siapa dia Tun Oracle ini. saya khuatir kalau tak dapat tahu, kepala dia akan pecah dan otak bersembur keluar.

Pemuda yang sombong dan berlagak pandai tentulah tidak menyangka seorang seperti saya dapat berkawan dengan Tun Oracle. kenapa? Tun Oracle hanya mahu berkawan dengan bin Mahathir, bin Najib, bin Hishamudin? bin Abdul Aziz seperti saya tidak layak berkawan dengan Tun Oracle?

Tun Oracle adalah peminat kepada blog saya semenjak tahun 2008. Oh ya- Tun Oracle ada seorang pembantu yang bernama Mei Chuan yang sudah pencen dan digantikan dengan seorang wanita lain. Kalau saya beritahu nama wanita ini, maka tahulah orang siapa Tun Oracle.

 jadi kita biarkan dia dengan keangkuhan dia. bukan kerana cakap kosong maka saya menggelarkan blog saya ini blog yang mahu dikunjungi orang- kalau dalam pertandingan Muay Thai, blog ini stadium Lumpini, kalau pertandingan tennis, ia Wimbledon dan kalau tinju, blog ini Madison Square Garden. Tidak lengkap kalau tidak mengunjungi blog ini dan kalau komen disiarkan, maka itu menjadi pelengkap kepada sang pengunjung.

Berbalik kepada kegagalan Najib mengekang aliran keluar duit haram.

tahunUSD billion
200113.07
200212.54
200317.73
200419.58
200528.08
200629.62
200732.48
200837.35
200930.41
201064.38

Aliran wang haram terkumpul selama 10 tahun ialah USD285 billion atau RM871billion.

Tentulah Najib tidak akan mengaku. Tapi dia tetap mengaku bahawa memang terdapat aliran wang secara haram dan penyeludupan wang haram. Dalam parlimen, dia sebut angka nya ialah RM 135 billion. Heran ya- dia mengaku ada penyeludupan wang haram, tapi apa langkah2 yang dia ambil?

Apakah sumber wang haram ini? siapakah yang melakukan jinayah ini?  mengikut kajian Global Financial Integrity ini, 20% datang dari rasuah. 80% dari amalan mengeluarkan inbois yang palsu. Ini tak termasuk urus niaga yang melibatkan pembayaran dalam bentuk tunai.

Sehingga sekarang rakyat tertunggu hasil sesiatan yang diumumkan oleh Donal Lim, timbalan Menteri kewangan. Mana dia wahai Donald? Lu jangan mahu kelentong sama kami semua. Kita semua tahu lu punya kroni semua tibai wang dan hantar luar negara.

Narn bohtee Narn, Kui bohtee Kui!

Posted by sakmongkol AK47

VIDEO : If elections are free and fair, PR will easily win - Kee Kwong

VIDEO : Only BN would drop 500lb bombs on its own country - Kee Kwong

VIDEO : LIMA deals will take us closer to Bankruptcy - Kee Kwong

Teng: BN not ruling out ‘Rainbow’ candidate


The Rainbow lady, who was said to be romantically involved with Lim Guan Eng, may be roped in as a candidate for the elections.
GEORGE TOWN: Barisan Nasional state chief Teng Chang Yeow said the coalition would explore all possibilities to field winnable candidates in Penang in the forthcoming general election.
Hence, he did not rule out the possibility of Xiao Hong, known as the Rainbow lady, being fielded as a BN candidate.
“We will consider any winnable candidates,” Teng told reporters when asked on speculation that BN was holding talks with Ng Phaik Kheng or Rainbow to contest in the polls.
However, Teng tried to confuse reporters by saying that he could be talking about a different “Rainbow”.
“I don’t know which Rainbow you are talking about. I could be talking about a different Rainbow,” said the Gerakan secretary general.
In June last year, a few blogs alleged that Penang Chief Minister Lim Guan Eng was romantically involved with Ng, when she was a staff in the Chief Minister’s office (CMO).
Lim, the DAP secretary general, reacted angrily when questioned by reporters on the blogs’ allegations. He issued legal threats against reporters if they dared to write or print about it.
The Rainbow controversy also caused a furore between Lim’s wife and Kota Laksamana representative Betty Chew and Duyong assemblyman Gan Tian Loo in the Malacca Legislative Assembly last July.
On Thursday, Teng reportedly told a vernacular newspaper – “let me consult Xiao Hong”, when asked on whether he would accept Lim’s challenge for an electoral face off in Padang Kota in the next polls.
In his facebook comment, DAP state chairman and Padang Kota incumbent representative Chow Kon Yeow asked: “Teng Chang Yeow, is there no better response?”
Meanwhile, Teng said BN had finalised almost 95% of its candidature list, albeit three to four seats, in Penang for the coming polls.
But he declined to elaborate on the issue despite being posed with various questions.
He only said that BN, especially his party, Gerakan, aimed to rise from the ashes in the next polls.
Gerakan, like MIC and MCA, was wiped out in the 2008 general election after helming the state government for 39 years.
Of the state 40 state seats, DAP won 19, PKR nine and PAS one to form the Pakatan government, while Umno became the state opposition by winning 11.

‘Pakatan will take Putrajaya, 8 states’


DAP chairman Karpal Singh is confident that Pakatan Rakyat will form the next government after the 13th general election.
GEORGE TOWN: Pakatan Rakyat will wrest control of Putrajaya and capture eight states in the forthcoming 13th general election, predicted a confident DAP supremo Karpal Singh.
Sensing a strong surge in public support, the DAP national chairman said Pakatan was on the right track to capture the federal government with a slight majority.
Besides retaining its current four state governments, he said Pakatan should add Negeri Sembilan, Johor, Perlis and Perak to its list after the polls.
But he cautioned that Malaysians could always kick out Pakatan if they were dissatisfied with its deliverance.
“I think Malaysians can expect a new government after the election. A change of government was long expected in the country anyway.
“In democracy, it’s the people, not political parties, who own the government. They can always vote out Pakatan after five years if we fail to perform,” he told reporters here.
Karpal also called on DAP members to stop speculating on the party candidates and their seats.
He revealed that the four-man committee, established by the party central executive committee (CEC) to make final decisions on candidature, had not met.
The four-man committee consisted of Karpal and his party deputy Tan Kok Wai, secretary-general Lim Guan Eng and his father, Ipoh Timur MP Lim Kit Siang.
On his own constituency, Karpal hopes that the party would allow him to seek re-election in the Bukit Gelugor federal seat for the third time.
He hopes Bukit Gelugor constituents would vote him in to parliament again.
BN is speculated to field a lawyer Teh Beng Yeam from MCA while Parti Cinta Malaysiais is also expected to field a candidate in Bukit Gelugor, which encompasses Seri Delima, Air Itam and Paya Terubong state seats.
Formerly, Karpal was a three-term Bukit Gelugor assemblyman between 1978 and 1986. He was also a five-term Jelutong MP between 1978 and 1995 before losing in the 1999 general election.