`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!





Saturday, March 30, 2013

Menteri Kewangan Fail menyekat penyeludupan wang haram!



Saya menyebut mengenai aliran haram wang dari Malaysia. dalam tahun 2010, hampir RM200bilion wang haram diseludup keluar negara kita. Ini meletakkan negara kita ditempat kedua selepas China dalam jinayah menyeludup wang keluar. Kenapa perkara ini dibiarkan? Mengapa menteri kewangan tidak segera membenteras penyeludupan wang dari Malaysia?

Sedang ini terjadi, menteri kewangan kita sibuk dengan gangnam stail dia, membiayai pementasan drama mengenai LGBT. Inilah dia PM yang akan membawa kita ke mercu kejayaan, kegemilangan dan keterbilangan.

Siapa Mahathir yang hendak mengesahkan Najib sebagai calun PM yang terbaik? Mahathir tahu Najib seorang PM yang korap dan rasuah. Mahathir tahu bagaimana dia memujuk Najib supaya menyokong dia dan belot kepada Tengku Razaleigh semasa Mahathir menghadapi cabaran dari Razaleigh. Suatu hari, Mahathir telah menunjukkan ‘suatu bukti’ kepada Najib yang ketika itu MB Pahang, dan memberi kata dua kepada Najib. Bila melihat bukti tersebut, telur Najib hilang sebentar dan dia terus melutut kepada Mahathir.

 Najib adalah bandingan yang lesu kepada Tun Razak. Dia seorang yang tidak ada integrity.

Perkara ini diberitahu kepada saya oleh Tun Oracle.

Siapa Tun Oracle ini? ada seorang pemuda yang menganggap diri nya terlalu pandai cuba meneka siapa Tun Oracle ini. kita biarkan dia dalam igauan ngeri dia untuk mengesahkan siapa Tun Oracle. mustahil lah nama yang dia sebut mengetahui dengan terperinci apa yang Tun Daim buat. Kecuali Tun Oracle itu bayangan sebenar kepada Tun Daim. Tun Oracle ini berkhidmat lama di Sarawak dan kenal dengan fiil orang Sarawak. semasa kes Kalong Ningkan, Tun Oracle bertugas sebagai penasihat  undang2 negeri Sarawak- state legal advisor. Dari sini siapa yang tahu sejarah sudah tentulah tahu siapa Tun Oracle.

Biar saya beri sedikit lagi clue. Dalam ruang tamu pejabat Tun Oracle ada beberapa lukisan Ibrahim Hussein yang berbentuk panel lukisan. Terdapat juga lukisan erotic yang menujukkan seorang kanak2 sedang disusukan oleh sang ibu. Ada sebuah lukisan yang menggambarkan kerbau2 yang dibariskan secara horizontal.

Jika kita pergi ke ruang sebelah, terdapat display cupboard. Disana ada t shirt bola Mancehster United yang ditanda tangan oleh semua pemain team Manchester United. Ia nya dihadiahkan kepada Tun Oracle. Terdapat juga sebuah topi formula one yang ditanda tangan oleh Michael Schumacher.

Saya rasa cukup lah clue2 ini saya beri. Mereka yang mendapat privillege memasuki kamar pejabat Tun Oracle akan segera tahu siapa Tun Oracle. saya cadangkan pemuda yang semacam hendak pecah kepala meneka siapa Tun Oracle pergi mendapatkan seoarang dari pemberita yang menemuramah Tun Daim bertanya siapa dia Tun Oracle ini. saya khuatir kalau tak dapat tahu, kepala dia akan pecah dan otak bersembur keluar.

Pemuda yang sombong dan berlagak pandai tentulah tidak menyangka seorang seperti saya dapat berkawan dengan Tun Oracle. kenapa? Tun Oracle hanya mahu berkawan dengan bin Mahathir, bin Najib, bin Hishamudin? bin Abdul Aziz seperti saya tidak layak berkawan dengan Tun Oracle?

Tun Oracle adalah peminat kepada blog saya semenjak tahun 2008. Oh ya- Tun Oracle ada seorang pembantu yang bernama Mei Chuan yang sudah pencen dan digantikan dengan seorang wanita lain. Kalau saya beritahu nama wanita ini, maka tahulah orang siapa Tun Oracle.

 jadi kita biarkan dia dengan keangkuhan dia. bukan kerana cakap kosong maka saya menggelarkan blog saya ini blog yang mahu dikunjungi orang- kalau dalam pertandingan Muay Thai, blog ini stadium Lumpini, kalau pertandingan tennis, ia Wimbledon dan kalau tinju, blog ini Madison Square Garden. Tidak lengkap kalau tidak mengunjungi blog ini dan kalau komen disiarkan, maka itu menjadi pelengkap kepada sang pengunjung.

Berbalik kepada kegagalan Najib mengekang aliran keluar duit haram.

tahunUSD billion
200113.07
200212.54
200317.73
200419.58
200528.08
200629.62
200732.48
200837.35
200930.41
201064.38

Aliran wang haram terkumpul selama 10 tahun ialah USD285 billion atau RM871billion.

Tentulah Najib tidak akan mengaku. Tapi dia tetap mengaku bahawa memang terdapat aliran wang secara haram dan penyeludupan wang haram. Dalam parlimen, dia sebut angka nya ialah RM 135 billion. Heran ya- dia mengaku ada penyeludupan wang haram, tapi apa langkah2 yang dia ambil?

Apakah sumber wang haram ini? siapakah yang melakukan jinayah ini?  mengikut kajian Global Financial Integrity ini, 20% datang dari rasuah. 80% dari amalan mengeluarkan inbois yang palsu. Ini tak termasuk urus niaga yang melibatkan pembayaran dalam bentuk tunai.

Sehingga sekarang rakyat tertunggu hasil sesiatan yang diumumkan oleh Donal Lim, timbalan Menteri kewangan. Mana dia wahai Donald? Lu jangan mahu kelentong sama kami semua. Kita semua tahu lu punya kroni semua tibai wang dan hantar luar negara.

Narn bohtee Narn, Kui bohtee Kui!

Posted by sakmongkol AK47

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.