`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!





Saturday, March 30, 2013

TERBARU! LORI TRELER PEMBANGKANG DITAHAN & DISABOTAJ !!

Sebelum ini media pro-pembangkang kecoh dengan berita lori treler milik PAS telah ditahan oleh pihak berkuasa. Mereka mendakwa dalangnya ialah parti UMNO. Ada juga yang merekacipta parti UMNO 'takut dengan kebangkitan PAS' menggunakan treler tersebut.



Pelbagai lagi omongan dan andaian yang mereka tulis dengan harapan meraih simpati pembaca dengan mendakwa UMNO dan kerajaan BN zalim dan lain-lain.

Rupa-rupanyasegalanya itu hanya satu lagi pembohongan media pro-pembangkang termasuk media alternatif mereka.

Yang tidak diterangkan ialah kenderaan-kenderaan tersebut telah menyalahi akta dan peraturan kenderaan Malaysia. Pengubahsuaian kenderaan-kenderaan yang digunakan untuk berkempen oleh PKR dan PAS telah menyalahi Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tetapi kita tentu tidak terkejut dengan pembohongan media pro-pembangkang dalam isu ini dan isu-isu lain sebelum ini. 

Jika kepimpinan pakatan pembangkang kuat berbohong dan menabur fitnah, apatah lagi mereka di dalam media termasuk media sosial pro-pembangkang.

Sila baca keterangan di bawah :
Disebabkan itulah, kenderaan-kenderaan tersebut ditahan untuk siasatan.


Bagaimanapun, para pecacai Pakatan seboleh-boleh mungkin cuba menggambarkan kenderaan-kenderaan berkenaan ditahan di bawah Seksyen 60 (3).

Jika disabitkan kesalahan, pemilik kenderaan-kenderaan tersebut boleh dikenakan kompaun di bawah Kaedah 34 dan Kaedah Kenderaan Bermotor (Pembuatan dan Penggunaan) 1959 (LN 170/1959).

Pengesahan telah dibuat oleh Unit Kejuruteraan Otomotif JPJ di mana pengubahsuaian kenderaan-kenderaan tersebut telah dibuat tanpa kebenaran Ketua Pengarah JPJ. Kesalahan menyalahguna permit dan lesen kenderaan turut dilakukan dan telah dikesan oleh SPAD. Manakala Kerajaan Tempatan PBT telah mengesan kesalahan meletak kenderaan.


PDRM pula boleh mengenakan kompaun kerana kesalahan mengiklan di bawah Kaedah 12 (4), berhenti di tempat larangan di bawah Kaedah 16 (1) halangan, 49 (2) (a) iaitu menimbulkan kemarahan pengguna jalanraya yang lain, 49 (2) (f) iaitu penggunaan di bawah pembuatan dan penggunaan dalam Kaedah Lalulinta Jalan 1959 (LN 166/1959), melanggar syarat-syarat dalam Permit yang dikeluarkan oleh OCPD mengikut Seksyen 20 (3) Akta Polis 1967, Akta Perhimpunan Aman dan Kesalahan Akta Pilihanraya. SUMBER
Belum dapat kuasa pun pakatan pembangkang sudah melanggar undang-undang, apatah lagi jika mereka diberikan kuasa.

Kerana itu MiM yakin rakyat sudah sedar dengan permainan kotor politik pakatan pembangkang dan tidak akan menyokong mereka di PRU13 yang akan datang ini.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.