`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!





Saturday, March 30, 2013

Temu Ramah dengan Tun Oracle



Puak2 UMNO bergembira sangat bila Tun Daim memuji Najib dan berkata BN akan menang tipis. Tak menang 2/3 tapi tetap menang. Wah- gembira sunguh puak UMNO. Ada yang kata kita akan menang lebih besar. Ada yang bertegas , kata UMNO akan menang 2/3.Daim kata menang tipis, depa kata menang besak.

Mengapa orang UMNO nak percaya sangat kelentong Tun Daim? Bukankah dalam tahun 2008, puak UMNO menyerang Daim tanpa belas kasihan? Membelasah dan membalun orang sudah menjadi fiil orang2 Melayu bikinan UMNO 88. 

Daim disifatkan sebagai orang tua nyanyuk, pencen lagi baik, dan Daim macam Quran buruk- dibaca tidak boleh, dibuang takut dosa. Nah, sekarang apa2 kelentong yang Daim keluarkan dianggap sebagai ramalan nujum pak belalang yang luhur lagi sahih. Sungguh terdesak puak2 UMNO 88 ini.

Saya pun hendak berkongsi interview saya dengan seorang lagi Tun. Nama dia Tun Oracle. asal pun negeri kedah. Sekolah pun pernah sekolah Sultan Abdul Hamid College. Tun Oracle kenal semua adik beradik Daim. Dia kenal ayah Daim dan sangat kenal dengan Pok Rafaeah, ibu kepada Daim. Malah Tun Oracle ini bayangan Tun Daim. Mai kita dengak cerita Tun yang lagi satu ni sat ya. Kemudian baghu kita buat kesimpulan.  

Tun Oracle ini lebih hebat dari Tun Daim. Sebelum Tun Daim berkata kata dia sudah tahu apa Daim nak kata. Sebelum Daim berfikir, dia dah tahu apa Daim fikirkan. Sebab iu dia dinamakan Tun Oracle. dia ada bola Kristal, air dalam bejana dengan limau nipis yang boleh nampak Daim hendak fikir dan kata. Mari kita dengar apa kata Tun Oracle. 

Bagaima Tun Oracle lihat prestasi Najib sebagai menteri kewangan? 

Najib fail sebagai menteri kewangan. Dia suka belanja sana sini. Hutang kerajaan  sampai 55% dari hasil pendapatan negara. Nak sampai 54 billion.

Apa erti nya ini? you dan saya menanggung hutang RM17 ribu seorang. Tak bayar dalam bentuk wang- tapi kerajaan akan naikkan kos mentadbir dan mengurus negara. Kita dikenakan cukai yang lebih besar- cukai jualan, cukai pintu, cukai itu dan ini, dan akhir nya cukai goods and servuces tax- yang dibayar oleh semua kaya dan miskin. 

Bukankah hari2 kerajaan kata- cukai peribadi diberi waiver yang lebih baik TUn? tax deductible allowance yang lebih baik. hari2 Tun saya dengak kat radio klasik juruhubah dok sembang Tun.

Apa guna bila kita ada goods and services tax? Ada kelonggaran pun- tax allowance yang baik sedikit dikensel dengan bayaran cukai sebaik sahaja kita guna khidmat dan barangan. Rakyat belum rasa bayaran cukai bila mereka belanja . nanti tahulah mereka.

Masa saya jadi Menteri Kewangan dulu, kata Tun Oracle, kadar bayaran faedah dari hutang dah RM5 billion setahun. Itu ketika harga komoditi dan harga petroliam bagus. Bayangkan bila hutang kerajaan sudah RM 504 billion? 

Bagaimana TUn menagani nya? 

Saya potong perbelanjaan mewah dan menolak projek2 mewah yang Mahathir nak buat. Saya tak peduli. Saya turunkan gaji. Saya kurangkan perbelajaan. 

You tengok apa Najib buat- macam orang yang tak pandai tadbir kewangan negara. macam orang kena sawan. Masa ini harga petroliam tak tinggi. Hasil dari minyak sawit pun kurang. Tapi Najib macam buta mengenai hal ini. belanja sakan dia tanpa memperdulikan kesihatan kewangan negara. Bengkrap Malaysia bermenterikan orang macam Najib. 

Dan ada satu lagi perkara yang Najib kena perhatikan. Jangan nak gangnam style sahaja. Jangan asyik tunjuk jari telunjuk keudara sahaja.

Dia kena handle, aliran wang haram dan aliran haram wang dan kekayaan negara kita. Sejak tahun 2000, kita hilang, on the average RM85 billion. 

Apa dia buat dalam hal ini? tunjuk lah kehebatan kamu dan keberanian kamu kata Tun Oracle.

Ini duit yang disorok oleh tauke2 besar, ahli politik rasuah dan pegawai tinggi kerajaan yang membalun wang negara.  Berapa besar? Tak banyak. RM85 bilion setahun selama 10 tahun yang lalu.

 Apa erti nya? Erti nya, para penyamun, perasuah, pembalun duit rakyat menghantar RM85,000 juta setahun kedalam akaun2 syarikat dan peribadi mereka diluar negara. 

Dan Najib kata sedang sedang mereka merusuh, dia mentrasnformasi. Najib kata ini dia kestabilan. Ini dia kejayaan. Ini dia harmoni. Para penyamun dan perompak menyorok duit yang di perolehi secara haram keluar negara, pemimpin negara yang pro mereka duduk diam. 

Tun Oracle kata, ini kelentong dan jual ubat Najib yang paling besar.

Posted by sakmongkol AK47

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.