`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, October 3, 2013

Jalan ke Kemakmuran Ekonomi-2


Saya memberi pandangan yang ikhlas disini. Walaupun saya ahli DAP dan ahli parlimen Raub, saya juga berminat untuk melihat ekonomi orang Melayu maju dan meningkat. Perasaan ini bukan monopoli orang UMNO sahaja. Matlamat sama, tapi saya berbeza pendekatan. Saya juga  melihat masaalah ini dari kaca mata seorang ahli ekonomi. Walaupun saya tidaklah tahu segalanya, saya ada sedikit kefahaman mengenai masaalah ekonomi orang Melayu dan ingin memberi sedikit sumbangan dalam bentuk pemikiran.

Saya hanya perlukan pembaca menilai penulisan ini secara berlapang dada. Hendak sokong UMNO , teruskan tapi biarlah kita sekurang kurang nya bersama sama sepemikiran meningkatkan ekonomi negara dan ekonomi bangsa Melayu.

UMNO percaya kepada konsentrasi kuasa dan perancangan pusat. Mereka mahu memilih yang menang dan yang tewas. Tapi sebenarnya UMNO memilih kawan dan mencipta ramai musuh. Kawan mereka ialah Melayu yang terpilih- golongan PUTERA dari BUMIputera dan golongan elit, kenalan dan sahabat handai. Mereka inilah yang kita gelar kroni. UMNO mengamalkan kroni kapitalisme. Ini memsunahkan orang Melayu kerana ianya mencipta segelintir Melayu yang kaya raya yang menguasai sumber pengkayaan manakala Melayu terbanyak terpinggir. Ini yang saya tentang. 

Yang terpinggir inilah yang menjadi musuh dan memusuhi UMNO.

Tidak adakah pembaikan yang berlaku sejak UMNO memerintah? Tentu ada. Orang Melayu secara keseluruhan nya mengalami pembaikan dalam kehidupan mereka. Kita pun ada success stories juga. Saham yang dikeluarkan oleh PNB dinikmati oleh jutaan orang Melayu. tahniah kepada mereka. Tapi bukankah ini berjaya kerana kita telah meletakkan sumber pengkayaan secara lansung dalam tangan mereka? yakni kita memberi mereka modal dalam bentuk pendanaan dari bank2 untuk membeli saham2 terbutan PNB?

Lihat apa jadi jika mereka mengurus secara lansung sumber pengkayaan yakni pemilikan saham? Mereka menjadi lebih senang.

Jadi mengapa kita tidak pakai prinsip yang sama jika kita lihat cara ini membawa kejayaan? Iaitu meletakkan sumber pengkayaan secara lansung kedalam tangan yang mahu dikayakan?

Yang jadi musuh UMNO ialah rakyat yang dipinggirkan. Sekarang jumlah yang terpinggir 10 juta orang Melayu yang berpendapatan sangat rendah, kurang dari RM1500sebulan. Mereka tidak ada kerja tetap dan tidak ada sumber pengkayaan dan penciptaan kekayaan. Kenapa tidak berikan sumber ini secara lansung kedalam tangan mereka dan ajar serta latih mereka membangunkan diri? Kenapa mesti kita bangunkan bagi pihak mereka dan atas nama mereka menjustifikasikan segala nya?

Isiu didepan kita ialah sama ada kita mahu laksanakan command control economy atau ekobomi pasaran bebas dimana penggiat ekonomi bebas melakukan apa yang mereka layak lakukan?

Orang Melayu memerlukan pembebasan dan creative control keatas apa yang mereka mahu lakukan , bukan kita ujudkan pula orang tengah untuk mentadbir hidup untuk mereka. Berapa lama kita mahu lakukan demikian? Mahukah kita mengekalkan orang Melayu kebudak budakan?

Bila ekonomi gawat, keadaan tidak bagus, kos hidup meninggi, pendapatan kurang, cukai dinaikkan, imbangan pembayaran kian berkurang, sabsidi ditarik, kerajaan akan menyalahkan faktor2 luar. Faktor utama yang dipersalahkan tentunya system pasaran bebas. Para pemimpin UMNO bila gagal, menyalahkan system pasaran bebas.

Orang macam Ibrahim Ali tidak suka kepada pasaran bebas. Kenapa? Sebab pasaran bebas itu juga akan membawa kepada kemerdekaan peribadi dan minda dan pengurangan ketergantungan. Bila ini terjadi, kapasiti untuk suatu kumpulan mengawal mereka yang merdeka minda akan sukar. Itu sebab Ibrahim Ali tak suka. Orang yang mahu mengontrol dan menguasai orang lain, tidak akan suka pasaran bebas. Mereka suka kepada konsentrasi kuasa dan perancangan pusat. Sedangkan yang mengamal perancangan pusat adalah negara komunis dan sosialis ekstrim. Semua negara dalam dunia sudah pun menuju kepada system pasaran bebas. Negeri Cina pun dah jadi kapitalis dan berjaya mengeluarkan jutaan rakyat dari lingkaran kemiskinan.

Tapi beza dengan negara yang mengamalkan system ekonomi perancangan pusat. Semua nya dikawal oleh pusat. Dengan cara itu mereka akan control minda orang Melayu. Oleh kerana itu, ramai yang sambut baik Plan Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera kerana ianya satu lagi langkah untuk mengkonsentrasikan kuasa dan merancang ekonomi dari pusat. System yang UMNO sukai lebih mirip kepada system sosialis dan komunis.

Tapi kalau kita kaji keadaan ekonomi yang buruk, sebelum keburukan itu terjadi, beberapa dasar yang dijalankan oleh kerajaan lah yang menyebabkan keburukan keadaan ekonomi.

Apa kah perkara2 tersebut? Perbelanjaan yang tidak terkawal satu darinya. Pembaziran. Rasuah, ketirisan. Penipuan belian kerajaan. Semua ini meningkatkan perbelanjaan kerajaan. Sabsidi kepada sector yang tidak kena pada tempat nya. perbelanjaan boros oleh kementerian.

Hutang negara kita sudah meningkat kepada paras bahaya. 2013, hutang sector awam yakni hutang oleh kerajaan akan mencecah RM546bn. ini sudah hampir sangat dengan siling 55% GDP kita. Itu kita belum campur dengan jaminan kontinjensi yang kerajaan buat. Ianya melepasi angka RM100bn.

Rasuah meningkakan kos menjalankan urusniaga. Undang2 yang tidak meyakinkan orang ramai.  Semua ini menyumbang kepada keburukan ekonomi.

Perkara yang kita kena faham seawal ini ialah, keadaan ekonomi itu bergantung kepada dasar yang dijalankan oleh kerajaan. PM Najib kata mari kita jadikan rasuah suatu perkara sejarah. Tapi dengan penularan rasuah, salah guna kuasa, penirisan, pencurian , semua ini bukan jadi sejarah lampau, tapi menjadi sebahagian sejarah yang akan terbentuk. kalau kita tidak ada budaya membenci semua bentuk salahlaku, maka selama itu lah kita akan dirasuk rasuah.

Kalau kita benar2 mahu membantu rakyat, janganlah kita menghakmilikkan salah laku. Salah laku mesti dihukum bukan dipertahankan. Apabila UMNO dan penyokong kerajaan menghakmilikkan salah laku, mereka terpaksa berhempas pulas menegakkan benang basah. Bila kita claim ownership over a wrongdoing, kita akan anggap sebarang teguran sebagai serangan personal kepada kita. Sikap seperti ini tentulah tidak baik untuk menyelesaikan masaalah pokok. Sesiapa yang menghakmilikkan salah laku akan kelihatan sebagai menyebelahi pihak yang melakukan kesalahan dan sebagai menyokong salahlaku. Ini masaalah besar pimpinan UMNO.

Kita kena pakai 3 prinsip dalam mengurus ekonomi kita; (1) menggunakan system pasaran bebas (2) mengukuhkan system imbuhan atau rewards system dan (3) pengurangan penglibatan kerajaan.


Posted by sakmongkol AK47 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.