`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, October 3, 2013

Jalan ke Kemakmuran Ekonomi-1


Bulan lepas bila PM Najib mengistiharkan Plan Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera- PPEB, semua orang bergembira. Terutama yang hadir disana dan mereka yang tahu bagaimana mengambil kesempatan atas dasar baru tersebut. Plan ini seperti DEB dan Plan2 kerajaan yang lain akan gagal. Prinsip asas yakni, perancang2 memikirkan mereka boleh mengalahkan system pasaran bebas tidak betul. Mana2 negara dalam dunia ini telah mencatat kemajuan, mengeluarkan rakyat mereka dari kemiskinan, menjadi pesaing yang hebat, meningkatkan produktiviti adalah kerana mereka mengaplikasikan system pasaran bebas.

Sebaliknya, PPEB, DEB semua ini mewakili apa? Ianya mewakili pembesaran penglibatan kerajaan dalam ekonomi kita. Penglibatan kerajaan diluar bidang menghasilkan barangan public, menyebabkan gangguan terhadap perjalan ekonomi. Apatah lagi jika kerajaan yang ada ini sebuah kerajaan yang membudayakan rasuah dan ketirisan dan menganggap perkara2 sedemikian sebagai kos biasa dan tidak dapat dielakkan, penglibatan kerajaan yang demikian akan hanya menghalakan faedah2 ekonomi kepada mereka dan kumpulan mereka.

Maka lebih baik kita menyekat penglibatan kerajaan, walaubagaimana murni pun niat ketika bermula daripada campur tangan dalam urusan kehidupan ekonomi. Kembalikan kuasa dan empowerment menghidupkan ekonomi kedalam tangan penggerak ekonomi secara lansung.

Saya sebutkan sekali lagi, jika kita benar2 mahu membantu orang Melayu keluar dari kemiskinan dan ketergantungan, kepapaan, lemah dan layu berdepan dengan hidup, baik kita letakkan sumber2 pengkayaan dalam tangan mereka sendiri secara lansung, tanpa campur tangan orang tengah yang korap.

Lapuran audit negara yang terbaru( yang akan saya kupas dalam hari2 mendatang)- mengesahkan dan mengulangi cerita seram. Bahawa korapsi dan rasuah dan meniriskan ekonomi sudah menjadi suatu budaya. Kita ada undang2 dan peraturan dan deklarasi rasuah akan jadi sejarah- semua ini tidak akan berjaya jika kita tidak ada budaya membenci semua bentuk penyalahgunaan/wrongdoings. Selagi kita tidak ada nilai2 ini terutama dalam kalangan pembuat dasar dan pelaksana dasar, maka selagi itulah ekonomi negara, apatah lagi ekonomi orang Melayu tidak akan dapat diperbaiki.

Bersambung……

Posted by sakmongkol AK47

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.