`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, October 31, 2013

KDN RUPANYA BERLAKON SAHAJA! 28 JUTA NYAWA RAKYAT DIPERTARUHKAN!

BERITA BUAT SEDAP HATI (SINAR HARIAN)

Dukacita dimaklumkan syarikat yang pengawal keselamatannya membunuh pegawai Ambank itu masih beroperasi seperti biasa!

Tetapi sebelum ini kita diberitahu:

RAKYAT SEDANG TIPU (MALAYSIAKINI)

Rupanya berita yang dipapaprkan di media hanya satu "public relation exercise"! Tidak lebih dari itu. 28 juta rakyat Malaysia (tidak termasuk expatriate dan pelancong) ditipu hidup-hidup!

Berikut petikan berita dari Malay Mail:

TAK BUAT SALAH MENGAMBIL PENDATANG HARAM JADI PENGAWAL KESELAMATAN? (MALAY MAIL)

Syarikat Ambank mendakwa Kawalan Prima hanya mendapat "show-cause letter" = surat tunjuk sebab. 

LESENNYA BUKAN DIBATALKAN OLEH KDN! 

Setelah menjelaskan, semua jadi ok. Business as usual. Kawalan Prima tak buat salahpun. Tak buat salah mengambil pekerja yang memegang MyKad palsu!!!

Tidakkah rakyat Malaysia merasa aneh?

Malang sungguh nasib rakyat Malaysia. Asyik kena tipu. Nyawa rakyat dipertaruhkan!

Tidakkah pemimpin rasa berdosa?

Sebelum ini telah keluar pendedahan tentang pengawal keselamatan haram beroperasi di Lembah Kelang:

SAMA SAJA: YANG TIDAK BERLESEN AMBIL JAGA HARAM. YANG BERLESEN AMBIL JAGA MYKAD HARAM

Beberapa kejadian jenayah yang melibatkan pengawal keselamatan telah lama terjadi. Yong tulis di sini

Ada apa tindakan?

Riuh-rendah! Tangkap-tangkap! Lepas tu senyap. Business as usual.

Siapa yang jaga KDN sebelum Zahid Hamidi? Semua orang tahu potfolio itu dipegang oleh sepupu yang sekarang memegang potfolio yang ada kaitan dengan keselamatan negara!

Jaga KDN hancur. Masih nak jaga Pertahanan Negara?

Salahkah kita menuntut supaya kerajaan bersikap tegas terhadap penjenayah sebenar?

ENDLESS POSSIBILITIES SUDAH MENJADI ENDLESS TREACHERIES



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.