`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, October 31, 2013

Anwar Buat Pusingan ‘U’, Akui Sistem GST Efisien?.. Lihat apa sebenarnya dikatakan beliau dalam video ini..


Mungkin kerana yakin majoriti rakyat pada masa ini sukar untuk menerima apa saja kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin-pemimpin BN mengenai isu GST, Bernama menggunakan nama Awar Ibrahim pula..

Untuk menghalalkan dan bagi memperbodohkan rakyat supaya menerima GST yang akan dilaksanakan April tahun depan, Bernama hanya melaporkan sebahagian sahaja dari apa yang Anwar Ibrahim ucapkan dalam Taklimat GST dan Belanjawan 2014 di Parlimen.

Menurut Bernama, Ketua Pembangkang itu hari ini ubah pendiriannya apabila mengakui bahawa GST adalah satu sistem percukaian yang baik dan efisien..

Malangnya laporan tersebut tidak ditemui dalam website Bernama tetapi ianya telah disiarkan oleh Yahoo! News


Ini sebahagian dari laporan..

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengubah pendiriannya apabila mengakui bahawa Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) adalah satu sistem percukaian yang baik dan efisien.

Anggota Parlimen Permatang Pauh itu berkata beliau sedia maklum mengenai GST sejak menjadi Timbalan Perdana Menteri pada 1993 (yang juga Menteri Kewangan ketika itu).

"Saya setuju sistem GST efisien...tetapi saya tidak laksanakannya sampai 1998, ada sebab kenapa saya tidak laksanakan," katanya ketika menyampaikan ucaptama pada Taklimat GST dan Belanjawan 2014 di Parlimen, di sini.

Menurut Anwar terdapat dua aspek yang perlu dilihat sebelum sistem percukaian yang telah lama diguna pakai di negara maju dan negara jiran seperti Singapura serta Indonesia itu boleh dilaksanakan di negara ini.

"Kita harus memastikan bahawa pendapatan rakyat adalah tinggi dan kita juga perlu memastikan negara mempunyai struktur percukaian yang baik," katanya yang menjelaskan dua faktor itu menyebabkan GST tidak pernah dilaksanakan semasa beliau berada dalam pentadbiran negara. . sepenuhnya sila baca di SINI

Sebenarnya Anwar Ibrahim mengakui GST adalah efisien.. tetapi .. baca apa yang dilaporkan oleh Sinar Harian ini..

KUALA LUMPUR - [Dikemaskini] Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengakui pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) adalah sistem yang efisien namun memerlukan syarat.

Menurutnya, kerajaan perlu memastikan tahap pendapatan rakyat meningkat dan memastikan infrastruktur percukaian baik.

"Sekarang saya setuju sistem itu efisien tetapi perlu ada prasyarat... di mana syarat pertama mesti tahap pendapatan rakyat ditingkatkan terlebih dahulu, keduanya pastikan infrastruktur percukaian cukup baik.

"Dua perkara itu belum ada, ada dasar monopoli," katanya pada ucaptamanya sempena Taklimat GST dan Belanjawan 2014, di sini, hari ini.

Tambahnya Anwar, "secara prinsipnya GST itu efisien.

"Menteri Kewangan sebelum saya kata akan melaksanakan GST, bila saya ambil alih, saya setuju GST akan dilaksanakan dan perbendaharaan akan kaji.

"Tapi pada tahun 1998 kita tak laksanakannya. Ada sebabnya juga kerana pada tahun 1993 kita catat lebihan kecil (pendapatan negara)," ujarnya.

Semalam, Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, PR akan menentang GST habis-habisan selagi pendapatan dan cukai pendapatan tidak dibaiki sekaligus menganggapnya sebagai jenayah ~ Sinar Harian

Secara prinsipnya beliau setuju dengan perlaksanaan GST tetapi setuju dengan syarat-syarat seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian itu...

Ini video dari KiniNews.. dengar betul-betul... 


Bernama tu nak ikut jejak langkah Utusan ke?

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.