`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, October 30, 2013

Memalukan!!! Pengerusi Tabung Haji, Datuk Abdul Azeez Jawab Isu Susu Luput Tempoh Diberikan Kepada Pengundi PRK N.20 Sungai Limau.. Jom Terjah!!!

“Susu pekat tersebut merupakan antara barangan keperluan asas seperti beras, tepung gandum dan gula dan diberikan oleh petugas jentera BN yang berkempen ke rumah mereka semalam,” kata Mahfuz Susu pekat tersebut dikesan telah pun luput tarikhnya pada 26 Oktober yang lalu. 

“Sumbangan tersebut dipercayai diberikan oleh jentera parti BN dari Baling kerana tertera nama Ahli Parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dan apa yang dikesalkan disini, mengapa susu yang luput tarikhnya pun diberikan juga kepada orang kampung,” katanya lagi. 

Mahfuz berkata ini merupakan satu penghinaan kepada orang kampung kerana mereka tidak mengambil kira soal keselamatan dan kesihatan penduduk disitu. 

“Takkanlah mereka ini (BN) kedekut sangat sampai nak memberikan penduduk dengan susu yang luput tarikhnya. Saya menyeru kepada penerima-penerima sumbangan tersebut supaya memeriksa susu pekat yang diterima melalui sumbangan tersebut. Takut nanti, habis satu DUN Sungai Limau mengalami keracunan,” kata beliau. 

Beliau percaya kira-kira 500 keluarga yang menerima sumbangan tersebut di kawasan Sungai Dedap ada menerima susu-susu yang luput tarikhnya itu dan Datuk Abdul Azeez digesa meminta maaf kepada penduduk kampung. 


-awani

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.