`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, October 3, 2013

KELEMAHAN KEWANGAN KOLEJ UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA SELANGOR (KUIS) ...KERANA UMNO CIPTA MASALAH AKHIRNYA KERAJAAN PR SELANGOR TERPAKSA SELESAIKAN!!!




KENYATAAN AKHBAR 3 OKT 2013 LAPORAN AUDIT: KERAJAAN NEGERI MAKLUM KELEMAHAN KEWANGAN KUIS

Kerajaan Negeri sememangnya maklum dengan kedudukan kewangan Kolej Univesiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) yang lemah serta keperluan untuk mengemaskini urustadbir kolej tersebut sepertimana yang dinyatakan di dalam Laporan Audit Negara 2012. Sehubungan itu beberapa langkah telah dikenal pasti untuk membantu KUIS agar keluar dari masalah kewangan yang ditanggung sejak 2010 yang lalu. Syarikat milik penuh kerajaan Selangor, Kumpulan Perangsang Selangor (KPS) telah diminta untuk mengkaji situasi KUIS dan berbincang dengan pihak pengurusan serta pihak-pihak berkenaan mengenai bentuk bantuan yang boleh diberikan termasuk menyalurkan dana kepada Kolej Univesiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) yang menanggung kerugian sebanyak RM11.30 juta pada 2011.

KPS sedang dalam perbincangan dengan pemilik tunggal KUIS iaitu Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan hasil perbincangan mendapati KUIS memerlukan sekurang-kurangnya RM238 juta bagi memulihkan kewangan KUIS. Dana ini termasuk bayaran berjumlah RM152 juta untuk sekali bayaran (one off payment) kepada syarikat pemegang konsesi; Redha Resources Sdn. Bhd. (RSSB) manakala dana selebihnya pula akan digunakan untuk menaik taraf kemudahan pendidikan di KUIS seperti perpustakaan, dewan kuliah, asrama dan penyelenggaraan bangunan.

RSSB telah diberikan konsesi selama 33 tahun pada 2005 oleh kerajaan Barisan Nasional di bawah pentadbiran mantan Menteri Besar, Dr Mohd Khir Toyo. Sekiranya one off payment ini tidak dibuat, KUIS terpaksa membayar lebih RM19 juta setahun kepada RSSB selama 33 tahun yang mencecah RM600 juta. Setakat ini, KUIS telah membayar sebanyak RM50 juta kepada RSSB.

Seperti yang dinyatakan dalam Laporan Audit Negara, kerugian ini disebabkan proses penyusunan semula KUIS melalui pembangunan secara Build Operate and Transfer (BOT) apabila terpaksa mula membayar sewa asrama dan bangunan kepada RSSB mulai 2009. Pada tahun 2011, tanggungan terhadap konsesi tersebut merupakan 14% dari keseluruhan kos operasi KUIS. Ironinya, KUIS dikehendaki membayar kos sewaan asrama berdasarkan penginapan 100 peratus dan 300 hari kalendar akademik meskipun kadar penginapan pelajar tidak pernah mencapai kadar 100 peratus dan kalendar akademik adalah kurang dari 280 hari.

RRSB ialah sebuah syarikat yang dikuasai oleh Sulaiman Abdul Razak, seorang pemimpin Umno Selangor yang juga ADUN Permatang. Beliau memiliki saham sebanyak 7,200,000 saham bersamaan 51% pegangan di dalam RRSB, sementara isteri beliau, Jamaliah Kamarudin pula memiliki 800,000 saham bersamaan 6% pegangan. Baki 43% pegangan dimiliki oleh Bina Puri Holdings Bhd iaitu syarikat sub-kontraktor yang menjalankan sepenuhnya operasi pembinaan dan penyenggaraan asrama.

RRSB disokong sepenuhnya oleh Kerajaan Selangor di bawah Barisan Nasional ketika itu. Malah Khir Toyo menjadi saksi pemeteraian perjanjian pinjaman sebanyak RM125.8 juta di antara MAIS, RRSB dan bank-bank pembiaya pada 3 Ogos 2007 untuk membiayai pembinaan asrama pelajar KUIS ini. MAIS turut bertindak sebagai Penjamin dengan memberi jaminan kepada bank-bank jika KUIS gagal membuat bayaran kepada pemegang konsesi; RSSB.

Kontrak pembinaan ini kemudiannya diberikan kepada Bina Puri Holdings Bhd dengan RRSB hanyalah menjadi orang tengah. Dengan kos RM125.8 juta ini, RSSB diberi konsesi sehingga tahun 2039 dengan menerima bayaran keseluruhan mencecah RM600 juta.

KUIS adalah contoh bagaimana pimpinan UMNO-BN mengambil kesempatan sepenuhnya dari dasar memperniagakan pendidikan; akibatnya ditanggung oleh pelajar dan ibubapa kerana terpaksa membayar yuran pengajian dan kos asrama yang tinggi manakala pentadbiran KUIS terpaksa mengabaikan kepentingan lain demi mengawal kedudukan kewangan dari terus menjunam.

Disebabkan 'kesilapan' pemimpin terdahulu memilih pembangunan secara BOT dan menandatangani perjanjian konsesi yang berat sebelah, kerajaan Selangor Pakatan Rakyat di bawah pimpinan Menteri Besar, Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim terpaksa mencari jalan menyelamatkannya.


UMNO VARA MERATA YITU PR PULA KANA CUCI!!!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.