`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, October 4, 2013

Kerajaan PENIPU & Zalim macam nie pun masih ada orang sanggup sokong

Oleh: Dr Tanaka Mustafa
1) Laporan Ketua Audit Negara 2013 menunjukkan penipuan yang serius dan kezaliman yang dahsyat yang dilakukan oleh rejim BN yang memerintah Negara.
2) Sebelumnya, Laporan Ketua Audit Negara 2012 telah mendedahkan ketirisan yang melampau dalam pengurusan keewangan Negara, tidak diambil peduli oleh pemerintah.
3) Pendedahan dan kritikan pihak pembangkang dijawab dengan jawapan bohong dan tipu demi menyelamatkan hayat politik mereka dalam menghadapi PRU13.
4) Sekarang laporan itu mendedah lagi betapa rakus nya mereka menghabiskan wang Negara, jutaan ringgit lesap tanpa apa-apa faedah untuk rakyat. Paling jahanam, mereka memeras duit poket rakyat untuk menampung semula keewangan Negara yang telah mereka bazirkan.

5) Jika laporan 2012, kami pihak pembangkang sahaja yang bersusah payah mendedah, kali ini Laporan 2013 sudah muncul suara-suara dari kalangan media UMNO/BN mengkritik taktik menipu dan membazir tersebut.
6) Walaupun sudah terlambat untuk kamu mengkritik untuk penggal ini, gunalah petunjuk yang Tuhan berikan kepada kamu untuk menilai lebih jauh betapa jahat dan zalimnya kerajaan BN mengurus harta Negara dan betapa zalimnya mereka menganiaya rakyat.
7) Biarlah macai-macai yang bodoh dan juga yang berpointerkan 3.85 sahaja masih boleh rileks dengan kezaliman ini. Sesungguhnya Tuhan telah menjanjikan azab yang dahsyat kepada orang yang melakukan kezaliman dan juga yang turut cenderung menyokong kezaliman.
8 ) Soladiriti menggempur kerajaan jahat ini mesti dimulakan. Jika kamu tidak suka PR sekalipun, sekarang bukan masa untuk kamu membenci PR. Sekarang bukan zon pilihanraya untuk kamu rigid dengan parti UMNO/BN kamu. Sekarang adalah masa kita rakyat mengecam dan mengancam pemerintah agar bertanggungjawab terhadap penipuan dan kezaliman ini.
9) Bangkitlah rakyat! Kita sudah tak boleh harapkan UMNO/BN untuk berubah. Lihatlah Presiden dan Timbalan nya masih tidak berani diubah, tidak berani dicabar walaupun sudah sangat lemah dan terbukti sangat teruk prestasinya.
10) Protes sampai mereka letak jawatan!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.