`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, October 12, 2013

Pilih tokoh ukuran, bukan tokoh siaran

Ada yang boleh bercakap bagus tapi tak boleh buat kerja, Umno masih terbelenggu dengan pilih orang macam itu, tak tahu lah saya, kata MB Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan.
SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan yang akan bertanding untuk jawatan Majlis Tertinggi (MT) Umno, berharap perwakilan memilih pemimpin yang bertanding untuk jawatan tersebut biarlah tokoh ukuran dan bukannya tokoh siaran.
“Jangan jadikan pemilihan dalam Umno sebagai pesta. Pemilihan Umno untuk memilih pemimpin yang boleh buat kerja, yang boleh beri pandangan dan yang boleh mendokong Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
“Pilih pemimpin yang boleh bersama Presiden dan Timbalan Presiden. Pemilihan ini merupakan proses menentukan masa hadapan parti menjadi kuat dan kukuh.
“Pilih pemimpin yang bukan pemimpin siaran. Pilih pemimpin, ukur dia punya prestasi, ukur kejayaan dia. Bukan pilih pemimpin siaran yang ‘hooray! hooray!,
“Ada yang boleh bercakap bagus tapi tak boleh buat kerja, Umno masih terbelenggu dengan pilih orang macam itu, tak tau lah saya.
“Saya minta perwakilan Umno fikir sejenak. Fikir sejenak seorang demi seorang (calon MT). Apa dia (calon) buat (prestasi dia).
“Sebab itu saya kata jangan jadikan tahun pemilihan ini sebagai pesta. Umno ialah parti terbesar dalam Barisan Nasional dan menerajui kerajaan.
“Pilihlah pemimpin yang boleh bersama-sama dengan Presiden dan Timbalan Presiden yang boleh berupaya menolong mengubal dasar-dasar ekonomi, pembangunan, kewangan, luar negara, jaringan keselamatan sosial.
“Pastikan calon yang benar-benar berkaliber, baru parti kuat. Itu yang saya maksudkan pilih pemimpin ukuran,” kata Mohamad.
Bukan menegur tapi beri pandangan
Apabila ditanya berhubung peraturan berkempen, Mohamad menjelaskan bahawa beliau sebenarnya bukan menegur tapi beri pandangan berhubung proses kempen.
“Dalam pemilihan parti kali ini bukan seperti biasa. Kalau sebelum ini pemilihan parti terletak pada 2, 500 orang perwakilan. Selepas perlembagaan parti dipinda, Presiden begitu komited dalam transformasi parti supaya Umno tidak dilihat mengekang. Ada kuota dan hanya segelintir pemimpin yang buat keputusan.
“Daripada 2, 500 orang (perwakilan) yang tentukan masa depan parti, sekarang tanggungjawab ini diletakkan kepada hampir 150, 000 orang. Kalau dicampurkan dengan sayap wanita dan pemuda, hampir 250, 000 orang.
“Tapi proses (sistem) untuk berkempen ini masih lama lagi.
“Mana mungkin kita boleh menembusi 150, 000 tanpa boleh berkempen? Tak boleh pakai internet, tak boleh pakai Twitter, tak boleh pakai Facebook, tak boleh buat jamuan makan. Susahlah macam tu. Kalau dulu 2, 500 orang, bolehlah main hello! Hello!
“Saya kalah pada Pemilihan Umno 2008. Walaupun dari segi pencalonan saya dalam kedudukan sepuluh teratas. Tetapi disebabkan saya terlampau ikut etika berkempen, tak keluar mana-mana, tak kempen, maka dalam pemilihan saya kalah.
“Kerana saya takut pulak, saya ini ketua negeri. Saya institusi. Bagi saya biarlah saya kalah atau kemungkinan kalah daripada saya terperangkap dengan lembaga disiplin parti yang akan menjatuhkan hukuman dan merosakkan saya.
“Bila saya terperangkap dalam masalah disiplin, institusi negeri itu nanti akan lemah. Jadi ini akan melemahkan parti.
“Impak dia adalah besar kemungkinan kita kalah dalam pilihan raya umum. Itu pandangan dan bacaan saya ketika itu (Pemilihan Umno tahun 2008).
“Saya bukan kritik sesiapa. Saya bagi pandangan, yang juga pandangan orang lain (calon lain).
“Kalau tak sesuai (peraturan kempen), kita mesti telus bagi pandangan pada bos. Saya bukan nak perkecilkan sesiapa tetapi saya minta sistem dilihat semula.
“Alhamdullillah peraturan berkempen telah dilonggarkan,” jelas Mohamad.
Apabila ditanya apa yang mendorongnya bertanding untuk jawatan MKT, bekas tokoh korporat itu menjelaskan beliau ingin berkhidmat untuk parti.
“Saya cuba nak sama-sama berkhidmat dan berbakti untuk parti. Saya nak kongsi pengalaman yang saya ada dulu di sektor korporat untuk disumbangkan kepada parti.
“Saya boleh ambil sikap tak tau. Saya dah jadi Menteri Besar tiga penggal. Tapi itu bukan perjuangan. Walaupun ada jawatan tapi parti mesti dikukuhkan,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.