`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, October 12, 2013

SEORANG AHLI PERNIAGAAN BERSAMA DUA PENGAWAL PERIBADINYA DI TAHAN POLIS KERANA BERLAGAK SAMSENG TUNJUK PISTOL..



Johor Bahru - Seorang ahli perniagaan dan dua pengawal peribadinya berlagak ala samseng apabila menendang sebuah kereta Toyota Vios yang didakwa dipandu laju di kawasan Taman Mutiara Rini di sini.

Perbuatan pada pukul 10.30 malam, Rabu lalu itu bagaimanapun memakan diri apabila mer
eka bertiga ditahan selepas pemandu kereta tersebut melaporkan kejadian itu kepada polis.

“Semasa kejadian, salah seorang pengawal peribadi ahli perniagaan itu menunjukkan pistol yang disisip di pinggangnya menyebabkan mangsa lari dari lokasi kejadian,” ujar Ketua Polis Daerah Nusajaya, Superintendan Noor Hashim Mohamad.

Polis berjaya merampas dua pucuk pistol jenis Glock, dua kelopak peluru, 22 butir peluru, sarung pistol dan sebuah Proton Wira.

NEGARA KITA NEGARA HUKUM .. ADA UNDANG-UNDANG ... JANGAN INGAT BILA DAH KAYA RAYA DAN ADA BEBERAPA PENGAWAL PERIBADI BOLEH BUAT SESUKA HATI KEPADA RAKYAT BAWAHAN .

SEKARANG APA CERITA... LU LANGSI LU MATI.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.