`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, February 6, 2015

Bukan Cina, Bukan Melayu.. tetapi puak Politikus sebenarnya yang RASIS

1) Menjadi viral video Ustaz Kazim Elias kritik bangsa cina. Beliau sendiri sudah buat laporan polis sebelum orang lain buat apabila mengetahui video tersebut tersebar.

2) Dalam video tersebut, secara ringkasnya beliau mengherdik orang Cina yang mempersoalkan ketuanan Melayu. Orang melayu jadi askar, jadi bomba, jadi cleaner bergadai nyawa menjaga keamanan, sedangkan orang Cina bersukaria dikelab-kelab malam, minum arak dan sebagainya.

3) Ustaz Kazim Elias menggambarkan bahawa orang Cina seolah-olah menjadi tuan disebabkan kebaikan orang Melayu bertolak ansur memberi Tanah, memberi kerakyatan, dan sebagainya.

4) Orang Cina melihat isi video itu sebagai perkara yang ofensif dan menghina kaum Cina. Dengan cepat mereka melabel Ustaz Kazim Elias sebagai rasis.

5) Saya Nampak ada kebenaran kata-kata Ustaz Kazim Elias, tetapi sangat tidak tepat jika ditujukan kepada seluruh kaum Cina. Maka Cina yang tidak bertepatan dengan contoh yang diberi oleh Ustaz Kazim akan bangun menentang kenyataan tersebut.

6) Jika pun hanya 5 % orang Cina memprotes, ia sudah cukup untuk menghuru-harakan keadaan. Orang Cina ada berapa juta dalam Negara kita? katakana ada 5 juta. 5% daripada 5 juta = 250ribu orang yang memprotes.

7) Mereka tampil membuat kenyataan balas yang saya selalu sebut reverse Rasism. Orang Cina bayar cukai itu dan ini, dan pembayar cukai terbesar dalam Negara, tetapi biasiswa dan bantuan kerajaan semuanya dapat kepada bumiputera.

8 ) Orang Cina memajukan Negara dalam pelbagai sector, tetapi Cina menjadi seolah-olah warganegara kelas kedua. Di mana adilnya?

9) Melayu akan jawab balas, kami sudah kasi Tanah, kerakyatan, jawatan politik dan macam-macam lagi, tarak cukup kaaa?!

10) Cina jawab balik Lu kasi Tanah lu kutip cukai maa. Lu kasi kerakyatan, tapi lu selalu halau kami balik Tiongsan maa. Lu kasi jawatan politik sebab lu takut kalah pilihanraya maa.

11) Melayu jawab lagi, kami kasi kamu berniaga, kamu naikkah harga barang. Kami kasi kamu kuasa ekonomi, sekarang kamu mau kuasa politik pula. Kami ajak kamu jadi askar sama-sama, kamu mau jadi tauke.

12) Cina jawab balik...Lu orang Melayu malas kerja maa. Itu macam kamu tak boleh maju. Semua mau kerja mudah, tapi mau kaya cepat. Lu kasi anak-anak Melayu biasiswa, anak-anak kami kena cari duit sendiri. Itu pasal anak-anak kamu malas maa.

13) Melayu jawab : Menate Cina ni Rasis! Woiiii $@^$@^&!!!! Balik Tiongsan laa woii!

14) Maaf... tulisan ini tiada kena mengena dengan sesiapa. Saya cuma mahu ketengahkan, apabila Rasis dan reverse rasis bertengkar, tidak akan ada penamat. Ia akan melahirkan kebencian yang berantai. Hatred will breed hatred.

15) Samada Melayu, atau Cina, atau India atau sesiapa, respect each other. Hidup hanya sekali. Why not we respect each other? Why not treat each other in good manners? There is no another life to restart our relationship.

16) Semua orang perlu bersatu. Yang menjadikan perpecahan kaum, adalah orang Politik. Demi mencapai kemahuan politik, mereka akan guna agama, perkauman, ekonomi dan apa jua isu untuk memperoleh laba politik dan kuasa.

17) Tak kira orang politik itu Melayu, Cina, India , Malaun, orang Nameck, orang Saiya, dan sebagainya. Asalkan dalam kepala otak ada DNA politik, mereka akan cari jalan apa saja untuk dapatkan kuasa.

18) Lihatlah kepala otak Lim Kit Siang. Dia orang Cina. Lihat kenyataan-kenyataannya terhadap Melayu. Memang kelihatan Rasis. Sebab dia orang politik. Lihat pula kepada Ah Meng orang kampong Sedudu. Dia orang CIna, bekerja sebagai penanam sayur. Dia tak pernah kritik Melayu sbg Rasis. Dia selalu berkawan dgn Melayu. Sebab dia bukan orang Politik.

19) Lihat pula Ismail Sabri. Dia orang Melayu. Dia kritik dan mahu tauke Cina. Dia dianggap Rasis. Sebab dia orang Politik. Tok dalang dari kampong Durian RUntuh, tak pernah mahu boikot orang Cina. Berkawan baik saja dengan Ah Tong tauke getah. Sebab Tok Dalang bukan orang politik.

20) Ustaz Kazim Elias. Dia orang Melayu. Dia dikenali sebagi ustaz, mengajar agama, ceramah motivasi. Tetapi dia ada kepala otak politik. Midanya minda politik. Tak perlu nafi. Maka dia akan keluarkan kenyataan berbaur politik dan boleh menjadi rasis.

21) Ustaz Azhar Idrus, pendakwah yang sangat popular. Sering menafikan bahawa dia orang politik. tetapi mindanya minda politik. Jadi dia akan keluarkan kenyataan berbaur politik.

22) Jadi orang-orang yang berkepala otak politik mestilah berhati-hati. Sebab orang-orang politik pastinya mempunyai musuh politik yang juga habit berpolitik. Setiap kenyataan anda akan diguna dalam pelbagai cara untuk meraih laba politik oleh musuh olitik anda.

23) Dan tentunya mereka akan nampakkan anda sebagai orang yang beralah dan patut dihukum.

Sekian.

p/s: panjang nya saya merepek.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.