`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, February 3, 2015

KALAU MARAH, KENAL JUAL!

Screen-Shot-2013-12-12-at-1.25.41-PM
Kebanyakan keluarga bukan Muslim yang memperjuangkan pluralisme pada hakikatnya akan berang bila anaknya sendiri memilih agama Islam. Apakah jenis pluralisme yang diperjuangkan?
Abdul Naser Tun Rahman, Sinar Harian
HAPUSKAN Hak Istimewa Bumiputera”!
Baru-baru ini, kedengaran lagi slogan ini daripada sebahagian golongan pelajar Melayu sendiri yang kononnya bersifat ‘liberal’. Alasannya ialah Bumiputera menjadi malas dan tidak berdaya saing kerana hidup dalam zon selesa. Kedudukan istimewanya dalam Perlembagaan telah mewujudkan zon selesa ini! Maka, kamu pun bersorak hapuskan peruntukan Perlembagaan ini.
Saya tanya kamu, “Apa jadi bila seorang pemuda Cina memeluk Islam dan keluarganya berfahaman liberal?” Jawapan yang terlalu biasa diberi ialah sudah pasti dia dibuang keluarga!
Kalau saya tanya kamu lagi, “Bukankah keluarganya percaya kita kena bersifat open, ‘liberal’, ‘inklusif’ dan membela hak asasi manusia? Mengapa tidak sekurang-kurangnya dengar dulu hujahnya mengapa dia memeluk Islam? Bukankah hak memilih agama patut dihormati?”
Kebanyakan keluarga bukan Muslim yang memperjuangkan pluralisme pada hakikatnya akan berang bila anaknya sendiri memilih agama Islam. Apakah jenis pluralisme yang diperjuangkan? Jelas bercanggah! Ini bukan pluralisme, tapi hipokritisme.
Salah satu sebab utama mengapa sebuah keluarga sanggup buang anaknya yang peluk Islam ialah keluarga ini hidup dalam zon selesa. Walaupun tidak tertulis, bagi keluarga ini kedudukan Islam tidak sama dengan kedudukan istimewa agama nenek-moyangnya. Ini adalah seolah-olah ‘perlembagaan yang tidak bertulis’.
Agama moyangnya mempunyai ‘hak istimewa’. Hak istimewa agama moyangnya telah mewujudkan zon selesa dalam keluarga. Apabila anaknya memeluk Islam, dia telah menggugat zon selesa ini. Bila anaknya memeluk Islam, sudah tentu keluarganya akan memberontak, lalu sanggup buang anaknya atau sekurang-kurangnya mencaci-cela anaknya sendiri tanpa dengar dulu sebarang hujah rasional daripada anaknya sendiri!
Apa yang saya berusaha sampaikan di sini ialah bukan mudah untuk mengubah fobia satu bangsa. Tidak mudah untuk berhijrah dari fobia ke bokia (tidak takut). Kita tidak bersifat adil dengan hanya menyalahkan Bumiputera seolah-olah bangsa lain begitu open dan ‘liberal’. Bumiputera kolot kerana tidak cukup gagah untuk menghapuskan hak istimewa.
Tetapi adakah bangsa lain cukup gagah menghapuskan hak istimewa yang tidak bertulis? Fobia satu bangsa muncul mendesak dan mengancam apabila giliran zon selesa bangsanya pula digugat seperti anaknya peluk Islam.
Sepatutnya penganut fahaman pluralisme menunjukkan contoh yang baik atau ‘uswatun hasanah’ dulu kerana mereka inilah yang mengorak langkah mempromosikan budaya inklusif. Budaya inklusif maknanya meraikan hak memilih agama.
Maka, tunjukkan contoh mithali dengan mendidik, mempromosi dan mendesak keluarga Cina dan India untuk bersifat inklusif dan menerima dengan hati yang terbuka apabila anaknya memilih Islam.
Jangan marah apabila anak membawa balik al-Quran. Jangan marah apabila anak memakai tudung. Jangan marah apabila anak ingin memberitahu ibu bapanya tentang Islam.
Perjuangan pluralisme maksudnya berkeyakinan bahawa harmoni antara bangsa hanya akan tercapai apabila ada usaha yang serius untuk memahami agama lain.
Jangan marah. Kalau marah, kena jual!
Kalau kamu kata mengapa tiada keadilan yang sama apabila anak keluarga Muslim memeluk agama lain. Keluarga Muslim pasti berang dan menghukumnya ‘murtad’!
Maka, saya jawab mengapa kamu asyik mencari kelemahan umat lain. Kamu sudah tahu umat Muslim kolot, tidak terbuka, ekstremis, hidup dalam zon selesa dan malas. Kamu pula qabilah terpilih kerana memperjuangkan pluralismelah, liberalismelah, hak asasi manusialah, sifat inklusiflah habis-habisan, maka kamulah yang perlu mulakan dulu. Konsistenlah Bro!
Atau kamu hipokrit?
Maka, jangan marah kalau saya berhujah bahawa kerana Islam adalah Agama Persekutuan dan agama yang dianuti oleh majoriti rakyat Malaysia, maka penganut pluralisme dan liberalisme hendaklah mulakan langkah dulu.
Jom wajibkan semua rakyat Malaysia, semua bangsa, semua penganut agama untuk belajar tentang Islam sejak bangku sekolah lagi. Jadikan agama Islam sebagai subjek wajib untuk semua rakyat. Dan bila anak kamu mencecah umur 18 tahun serta memilih Islam sebagai agamanya, maka terimalah.
Kamu mungkin kata ini tidak adil pada agama lain? Kami jawab adakah kamu bagaikan ketam menyuruh anaknya berjalan betul? Ini fahaman pluralisme kamu.
Jangan marah. Kalau marah, kena jual!
* Abdul Naser Tun Rahman tokoh pendakwah Perak

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.