`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, February 6, 2015

Peniaga Maut, Anak Perempuan Cedera Ditembak Penyamun


BACHOK - Seorang peniaga terbunuh manakala anak perempuannya cedera parah ditembak dalam kejadian samun yang melibatkan tiga lelaki bertopeng di kedai mereka di hadapan Sekolah Kebangsaan Beris Lalang, semalam.

Ketua Polis Daerah Bachok, DSP Abdul Hamid Che Ahmad, berkata Mustaffar Sidek, 52, ditembak di bahagian perut dan peha kanan meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kota Baharu, pada 7.40 petang.

Manakala, anak mangsa, Ainul Wahida, 18, ditembak di bahagian lutut sebelah kanan dan dihantar ke hospital yang sama untuk rawatan dan kini dilaporkan stabil.

Dalam kejadian pada jam 5.45 petang itu, isteri mangsa, Norhaizan Mat Zin, 45, dan seorang pekerja berusia 28 tahun yang berada di kedai menjual barang-barang logam itu tidak dicederakan.

Kejadian itu hanya disedari oleh isteri mangsa yang berada di pejabat kedai itu apabila melihat dua lelaki bertopeng sedang mengacukan pistol ke arah suami dan anak perempuannya yang ketika itu berada di kaunter kedai manakala seorang lagi lelaki yang juga memakai topeng muka memegang sebilah parang.

Apabila suspek menyedari kehadiran isteri mangsa, suspek telah menggari wanita itu bersama dengan pekerjanya. Namun wanita itu sempat bergelut dengan seorang daripada suspek yang mengacukan pistol ke arah suaminya dan menarik topeng muka suspek itu.

Suspek terus melepaskan tiga das tembakan ke arah suaminya (Mustaffar) di mana dua das tembakan mengenai perut dan peha kanan mangsa manakala satu das tembakan mengenai lutut kanan anak perempuannya.

Ketiga-tiga lelaki berkenaan kemudiannya melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.