`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, May 12, 2015

MOHON MAHATHIR DAN KUNCU-KUNCUNYA JANGAN TERASA





Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak hari ini berkata "orang luar" Umno cuba mengadu domba dan memecah-belahkan parti Melayu itu dan ingin melihat pemimpin dan ahli mereka rasa "gelisah". 

Berucap merasmikan ulang tahun Umno ke-69 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, malam tadi, perdana menteri berkata mereka yang terbabit dalam usaha memecah belahkan parti itu bukanlah individu yang mempunyai rasa kasih dan sayang terhadap Umno. 

"Hari ini kita sambut tarikh lahir kita... mesyuarat Majlis Tertinggi hari ini antara yang terbaik yang pernah kita lakukan selama ini, kenapa? Kerana di luar macam-macam cerita, rekaan oleh pihak-pihak yang ingin melihat kita berpecah, adu domba antara kita, meracuni pemikiran kita menyebabkan kita gelisah. 

"Mereka bukan orang yang sayang dan cintakan parti, hari ini saya lihat kematangan Majlis Tertinggi kerana seia sekata dengan kata-kata, bulat manis setinggi kata, mereka mahu melihat pucuk pimpinan, presiden dan timbalan presiden seiring dalam mentadbir," kata Najib. 

Beliau berkata, penyatuan yang ditunjukkan dalam mesyuarat anggota Majlis Tertinggi yang berlangsung petang tadi juga adalah isyarat kukuh membuktikan pemimpin dan ahli Umno bersatu padu sehingga peringkat akar umbi. 

"Ini juga harapan saya, semoga kalau kita ada pemimpin yang serasi, percaya mempercayai, maka sudah tentu ini akan jadi isyarat jelas. 

"Kalau di atas kukuh, sudah tentu di bawah akan padu dalam semangat dan ikatan sebenar," katanya. 

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad merupakan pengkritik utama Najib dan mengatakan jika beliau terus memimpin Umno, Barisan Nasional (BN) akan kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). 

Dr Mahathir dalam kritikannya menyentuh pelbagai isu termasuk syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu. 

Mengungkap sejarah penubuhan Umno, dalam ucapannya, Najib menyeru agar komuniti Melayu di dalam negara ini terus bersatu. 

"Sebab itu malam ini kita pilih Melayu bersatu sebagai tema hari ulang tahun Umno. 

"Berdiri saya di sini sebagai presiden Umno tema saya juga Melayu bersatu, saya percaya inilah mesej yang ternilai bila kita berhimpun malam ini," katanya. 

Beliau bagaimanapun mengakui, perkara itu sukar untuk dilaksanakan sekiranya ahli Umno tidak mengutamakan parti tersebut. 

"Kita sebut bersatu itu mudah, nak mengamalkannya, menghayatinya mungkin lebih sukar. 

"Tetapi boleh jadi kenyataan kalau niat hati kita tak lain tak bukan kita bukan penting, Umno lebih penting. Kalau kita berjaya parti kita itulah harapan kita, pemimpin boleh pergi boleh datang, tetapi kalau parti masih kuat, perjuangan boleh diteruskan," tambahnya. 

"Saya kata kuat bererti kita mesti ada kuasa, kalau kita parti tanpa kuasa tiada erti semuanya". 

Beliau turut mengakui, peredaran zaman menjadi penghalang utama, dan Umno perlu selari dengan peredaran zaman untuk menjadikannya sebuah parti yang kekal relevan. 

"Persekitaran mencabar, lebih menguji kaedah kita, umpamanya penyebaran maklumat, termasuk fitnah dahsyat melalui media sosial dan online melihatkan persekitaran baru...persepsi lebih penting daripada realiti. 

"Walau apa juga persekitaran, Umno mesti mampu sesuaikan diri, jadi parti relevan pada masa kini dan masa hadapan," katanya. 

Jelas sekali suasana jamuan malam tadi menunjukkan yang Najib Razak masih mempunyai sokongan kuat dari ahli-ahli UMNO yang memiliki jawatan dalam parti tidak sepertimana yang digembar gemburkan oleh para penggiat media sosial pendakap Tun Dr Mahathir. 

Jika ianya kuat maka kedudukan Najib sebagai Presiden UMNO turut kuat dan gagah dan seterusnya suara-suara desakan mau beliau undur diri letak jawatan tidak mendapat tempat dihati ahli-ahli parti yang mempunyai jawatan dalam parti .. UMNO bangun jatuh walaupun mempunyai lebih 3 juta ahli namun segi realitinya ditentukan oleh para pemegang jawatan dalam parti sama ada diperingkat Majlis Tertinggi, Bahagian maupun Cawangan .. mereka inilah yang menguasai pemikiran dan sokongan ahli diperingkat akar umbi.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.