Tuesday, May 12, 2015
'Najib bohong kata dia sokong Tun M'
SHAH ALAM - Seorang bekas pegawai tinggi Umno mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapannya di Tawau, Sabah semalam berhubung sokongannya terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad adalah bohong.
Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin menerusi blognya, zamkata.blogspot.com menulis, selepas kenyataan Najib mengenai sokongannya yang tidak berbelah bahagi terhadap Dr Mahathir ketika era pentadbirannya, beliau menerima mesej daripada bekas pegawai tinggi Umno itu.
"Dia bohong sokong Dr Mahathir 1987. Dia mula sokong TR (Tengku Razaleigh) saya masih ingat lagi. Masa itu dia timbalan , AI (Anwar Ibrahim). AI yang tekan dia sokong Dr M, banyak saksi yang masih hidup. 'He is really desperate' (dia benar-benar terdesak). Dr M menang dengan 44 undi . ‘He didn't campaign at all. He is playing safe’ (dia tak berkempen langsung, dia main selamat) ,” tulisnya memetik kata-kata bekas pegawai berkenaan.
Terdahulu Najib dalam ucapannya berkata, beliau antara yang menyokong pentadbiran Dr Mahathir pada pemilihan Umno 1987, di mana ketika itu wujudnya Team A dan Team B, yang mana waktu itu Dr Mahathir hampir gagal mengekalkan jawatan sebagai Perdana Menteri berpunca daripada hampir 50 peratus ahli Umno mendesak beliau meletak jawatan.
"Bila dalam susah kita beri sokongan dia kekal. Kalau kita sokong pemimpin menghadapi ujian, Dr Mahathir tidak boleh kekal 22 tahun menjadi Perdana Menteri.
"Jadi, janganlah lupa, waktu dia jadi Perdana Menteri, kita sokong dia penuh. Sekarang dia tidak jadi perdana menteri, sokonglah pula. Kalau tak boleh sokong, janganlah bunyi sangat. Tapi tak apa, jangan rosakkan parti. Kita boleh terangkan (isu berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB))," Najib dipetik sebagai berkata.
Mengulas lanjut, Zainuddin dalam blognya berkata, transformasi yang dibawa Najib lebih banyak membawa kepada terhakisnya keyakinan rakyat dari menambah keyakinan.
“Daripada penghapusan ISA, ancaman pembatalan Akta Hasutan, keadaan PLKN yang terumbang ambing,ketidak berkesanan majli perudingan, krisis 1MDB, GST dan terakhir sekali penjualan semula tanah Tabung Haji yang dibeli dari 1MDB.
“Terbukti bila beliau membanggakan keuntungan berjuta dari jualan semula itu tidak dikongsi perasaannya oleh pencarum kerana pencarum bukan mencari keuntungan dari TH.
“Mereka menanam saham untuk akhirat bukan untuk keuntungan berjuta di dunia.Najib ingat dengan pengumuman itu akan membanggakan hati rakyat sebaliknya menambah kemarahan dan kelukasaan perasaan mereka. Najib berbangga kerana memakai kacamata duitan tetapi rakyat memakai kacamata ketuhanan,” tulisnya lagi.
- sharian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.