`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, May 12, 2015

Sembilan Adun Kedah angkat sumpah jawatan exco

Sembilan Adun Kedah angkat sumpah jawatan exco  
Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah yang juga Tunku Temenggong Kedah Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah (kiri) menyampaikan watikah perlantikan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah kepada Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Guar Chempedak Datuk Ku Abdul Rahman Ku Ismail (kanan) pada Majlis Mengangkat Sumpah Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (Exco) 2015 di Istana Anak Bukit hari ini. - Foto Bernama 

ALOR SETAR - Sembilan Adun Kedah mengangkat sumpah memperbaharui jawatan sebagai exco hari ini.

Majlis berlangsung di Balai Penghadapan, Istana Anak Bukit di hadapan Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah Tan Sri Tunku Sallehuddin Sultan Badlishah, yang juga Tunku Temenggong Kedah.

Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir dan pegawai kanan kerajaan negeri.

Mereka yang mengangkat sumpah hari ini adalah Adun Guar Chempedak, Datuk Dr Ku Abd. Rahman Ku Ismail sebagai Exco Jawatankuasa Industri dan Pelaburan, Perdagangan Dalam negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Koperasi.

Adun Sungai Tiang Datuk Suraya Yaacob (Exco Pembangunan Wanita, Pertanian dan Asas Tani, Pembangunan Usahawan, Kebajikan Wanita) dan Adun Tanjong Dawai Datuk Tajul Urus Mat Zain (Exco Pendidikan, Pengangkutan dan Perumahan).

Adun Kuala Nerang Datuk Badrol Hisham Hashim (Exco Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Badan-Badan Bukan Kerajaan) dan Adun Ayer Hangat Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid (Exco Agama, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Pelancongan dan Warisan, Kerja Raya).

Datuk Mohd Tajuddin Abdullah yang juga Adun Belantik (Exco Penerangan, Pembangunan Luar Bandar, Pembasmian Kemiskinan), manakala Adun Baharu Datuk Norsabrina Mohd Noor (Exco Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Teknologi Tinggi dan Sumber Maklumat).

Adun Jitra Aminuddin Omar (Exco Belia dan Sukan, Kesenian dan Kebudayaan, Pembangunan Insan) dan Adun Gurun Datuk Dr Leong Yong Kong (Exco Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina dan India, Kesihatan dan Perpaduan).

Selain Menteri Besar, Mukhriz turut mengekalkan portfolionya sebagai Exco Perancangan Ekonomi Perancang Negeri, Hal Ehwal Tanah, Hasil Bumi dan Sumber Asli, Majlis Tindakan Negeri, Kewangan dan Syarikat Milik Kerajaan Negeri).

Menurutnya, antara perubahan paling ketara kali ini adalah Tajul Urus turut memegang portfolio tambahan iaitu perumahan, manakala Mohd Rawi diberi tanggungjawab memegang portfolio tambahan iaitu kerja raya.

Sebelum ini, portfolio perumahan dipegang oleh Badrol Hisham manakala kerja raya disandang oleh Tajul Urus. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.