Ujian ini tidak ada kaitan dengan sesiapa, yang hidup dan sedang berkuasa atau yang sudah meninggal dunia. Ia sekadar suatu anjakan berfikir di pagi Jumaat yang mulia.
Ujian 1
Seorang pencuri telah mencuri memecah masuk dalam sebuah rumah, mencederakan penghuninya dan mengambil wang tunai sebanyak kira-kira RM26,000.
Tetapi pencuri itu gagal melarikan diri kerana rumah tersebut telah dikepung oleh orang kampung. Beliau kemudian mengambil keputusan memulangkan wang yang dicurinya itu kepada tuan rumah yang cedera sambil tersenyum-senyum malu.
Dalam semua kemungkinan yang berlaku seterusnya, yang manakah yang salah?
1. Penghuni rumah serta penduduk kampung bersyukur dan membiarkan pencuri tadi bebas begitu saja.
2. Polis dan Ketua Kampung bersetuju dengan tindakan pencuri tersebut yang dianggap tidak melanggar sebarang undang-undang.
3. Penduduk ingin "membelasah" pencuri tetapi tidak berani kerana melihatkan polis dan Ketua Kampung tidak memihak kepada mereka.
4. Tiada satu jawapan yang betul.

Ujian 2
Seorang lelaki minum teh tarik di sebuah kedai mamak dan selepas melakukan satu hirupan, beliau tiba-tiba merasa dahaganya sudah hilang dan menganggap minuman itu tidak perlu lagi baginya.
Apakah yang betul untuk dilakukan oleh lelaki itu?
1. Memulangkan semula kepada tauke mamak tanpa membayarnya dan langsung tidak berasa apa-apa terhadap orang keliling.
2. Membayar dengan harga seperti biasa.
3. Meminta diskaun harga.
4. Tiada satu jawapan yang salah.
Apakah yang salah itu betul dan yang betul itu salah? (SH).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.