`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Thursday, September 16, 2021

Hari Malaysia: PM seru rakyat pugar semangat perpaduan ‘Keluarga Malaysia’

 

Ismail Sabri Yaakob berkata, Malaysia masih utuh sebagai sebuah negara yang aman, merdeka dan berdaulat di bawah naungan Yang di-Pertuan Agong. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Rakyat di seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak diseru membulatkan tekad, memperkukuh azam dan memugar semangat perpaduan sebagai satu keluarga yang berjaya serta dihormati, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Ismail dalam hantaran di Facebook rasminya sempena Hari Malaysia berkata, biarpun terpisah oleh Laut China Selatan, penyatuan bersama Sabah dan Sarawak membina sebuah negara bangsa yang berjaya dan berdaulat serta Keluarga Malaysia yang hidup dalam semangat harmoni.

Beliau berkata, Malaysia yang terbentuk pada 16 Sept 1963, masih utuh sebagai sebuah negara yang aman, merdeka dan berdaulat di bawah naungan Yang di-Pertuan Agong sebagai payung perpaduan negara.

“Terbinanya sebuah negara bangsa yang disebut dengan bangga sebagai negara Malaysia adalah hasil capaian kemerdekaan Tanah Melayu 64 tahun lepas, kemudiannya terbentuk Malaysia enam tahun kemudiannya bersama-sama Sabah dan Sarawak tercinta.

“Hari ini, Keluarga Malaysia ini diwarnai dengan warna-warni yang disatukan, dengan penghormatan dan rasa bangga untuk ibu pertiwi. Kepada Keluarga Malaysia yang amat saya sayangi, Selamat Hari Malaysia!,” katanya dengan menyertakan tanda pagar #KeluargaMalaysia #BekerjaBersamaRakyat. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.