`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, September 30, 2021

Hello Bukit Aman, Malaysia jadi transit untuk terroris sebab ahli politik kita yang bodoh suka main dengan api.

 

https://www.malaysianow.com/berita/2021/09/29/dasar-imigresen-faktor-malaysia-jadi-transit-kumpulan-pengganas/

  • Dasar imigresen mesra antara faktor Malaysia jadi negara transit pengganas
  • kata Penolong Pengarah SB Bahagian Counter Terrorism (E8) Normah Ishak
  • Malaysia “safe haven” atau lokasi selamat 
  • kumpulan pengganas elak konfrontasi dengan pihak berkuasa
  • bergerak secara senyap tidak menimbulkan kekecohan di negara ini
  • Pengganas Asia Barat transit di Malaysia 
  • dasar imigresen M'sia mesra Pertubuhan Islam Antarabangsa OIC 
  • adalah faktor tarik mereka datang dan transit 
  • individu terlibat bom geraja di Jolo Jan 2019 guna Malaysia sebagai transit 
  • Mereka transit di Malaysia 
  • polis menahan 558 individu terlibat pengganas sejak 2013 hingga kini.

My comments :  Cik Normah SB, antara sebab wanita Melayu ikut suami pergi ke Syria is because dia takut suami dia kahwin janda-gemuk di sana.   

Anyway ini versi bahasa Inggerisnya :

  • friendly immigration policy factors in M'sia transit for terrorists 
  • Malaysia transit country, considered safe haven (for) terrorist groups
  • groups move quietly, without causing commotion 
  • Terrorists from West Asia transit in Malaysia 
  • because we have friendly immigration policy for OIC (Islamic) countries 
  • Jan 2019 church bombing in Jolo involved M'sia (as) transit  
  • They transit in Malaysia 
  • police arrested 558 people involved with terrorist groups since 2013


My comments :

Segala aspek pentadbiran negara kita ini berkait rapat dengan kalimah dangkal. Dangkal, bodoh, bebal, bangang, bengong, bahalol, tolol, stupid, fools, idiots, donkeys, monkeys. Itulah antara perkataan yang lebih sesuai untuk memberi gambaran yang lebih tepat bagi ahli politik yang mentadbir negara kita.

Dalam hampir kesemua negara OIC (negara Islam) mereka ditimpa musibah keganasan, pemberontakan bersenjata, kumpulan bersenjata haram, revolusi tentera dan kekecohan sebegitu, akibat rakyat mereka kurang adab dan mudah terpengaruh pemikiran ganas.  Tambah lagi mereka dihasut oleh puak-puak lebai penipu yang menjual air liur untuk menipu manusia. 

Negara kita Malaysia pula selamat daripada bencaca seperti itu antara sebab besarnya ialah masyarakat kita terdiri daripada pelbagai kaum yang sudah lebih biasa hidup secara aman dan baik.  Kita lebih ketagih makan mee hailam, yong tau foo, tau fu fah, apam balik, minum teh tarik, makan roti, thosai, nasi lemak, sambal petai, berebut makan durian, bergaul antara kaum di tempat kerja, tempat beli-belah, di warong nasi lemak, di kedai mamak dsbnya. Kita sudah selesa duduk relaks dengan pelbagai kaum dalam negara ini. 

Belum ada lagi desakan atau keadaan kronik yang boleh mencetuskan keganasan - melainkan se-ekor atau dua ekor lebai setan yang suka mainkan isu agama dan perkauman.  Kita perlu awasi mereka. 

Habis, dalam keadaan negara kita yang begitu aman terdapat juga ahli politik dangkal yang sengaja beri laluan kepada pengganas dan lebai terrorist masuk dalam negara kita.

Contoh kedangkalan mereka yang wahid adalah memberi PR (IC Merah) kepada Abu Bakar Bashir - ketua pengganas Indonesia yang kemudian dipenjarakan di Indonesia atas penglibatan pengeboman di Bali yang membunuh lebih 200 orang. Abu Bakar Bashir telah diberi laluan duduk dalam negara kita selama  17 tahun!!  Nauzubillah.

Why are you all so stupid?

Begitu juga kita menjadi tuan-rumah bagi 'pelarian' kumpulan pengganas Mindanao, Selatan Thai dan Aceh.  Yang latest kita memberi laluan kepada mamak India pula yang menjadi idola pengganas suicide bomber di Bangladesh dan Sri Lanka. 

(Ya lah dunggus I know he is not a terrorist tetapi terrorist yang bunuh orang di dua buah negeri ia itu Bangladesh dan Sri Lanka mengaku sering mendengar ceramah dia dalam Facebook, menjadi "pengikut" dan "penyokong" dia di Social Media.)

Dan selalunya teroris-teroris ini masing-masing menjadi "tetamu khas" ahli politik yang tertentu.  Atau orang tertentu yang berkepentingan. Contohnya Polis pernah menahan satu kumpulan pengganas pro-ISIS dari luar negara yang diberi makan, minum dan tempat tinggal percuma (dibayar dengan duit kerajaan)  di sebuah negeri di utara. 

Di negeri utara Semenanjung pula puak-puak politik gatal bontot untuk campur tangan masalah Selatan Thailand untuk kepentingan politik mereka. Tetapi selama lebih 30 tahun saya tidak melihat mereka bantu menyelesaikan masalah di Selatan Thai. Mereka kipaskan pelbagai isu untuk memancing undi.  

Serupa juga dengan  di Selatan Filipina.  Orang politik di Sabah dan geng lebai pernah masuk campur di Mindanao tetapi masih tidak ada sebarang penyelesaian yang kekal. Sebaliknya orang Mindanao pun jadi umpan untuk memancing undi. It is just a political game. 

Dan pelakon-pelakon ganas Mindanao pernah diberikan izin duduk dalam negara kita. All this has happened. Salah seorang daripada 'pelakon' itu pernah ditahan di Filipina atas penglibatan ganas. Akhir sekali nama dia dikaitkan juga dengan serangan ganas kumpulan pengganas Mindanao di Tanduo di Sabah. Padan muka kau orang.    

Di Selangor pula sebuah universiti swasta dikenal pasti dibiayai oleh puak Wahabi dari Arab Saudi di mana 'student' mereka termasuk pengganas pro-ISIS yang mendaftar masuk universiti itu untuk mendapat Student Visa memasuki Malaysia. Banyak cantik!

Saya pernah menonton filem action thriller Turki di Netflix di mana mereka sebut dengan slamba bahawa  geng teroris boleh lari 'selamatkan diri' ke Malaysia. Walaupun hanya lakonan filem tetapi rupanya penulis skrip filem Turki pun tahu Malaysia adalah terrorist transit hub.

Dan jangan lupa geng-geng Hamas yang masih berpangkalan di Malaysia termasuk pakar roket mereka yang ditembak mati di Ampang pada tahun sudah.  

Inilah kebodohan orang-orang politik kita. 

Anak sendiri sudah mula tidur di tepi jalan di Jalan Silang dan Jalan Dang Wangi sebab tak ada duit, tak ada peluang hidup. Tetapi beberuk yang duduk dalam Parlimen sanggup bazirkan duit rakyat beri makan dan minum kepada monyet-monyet dari entah mana. 


Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.