`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, September 24, 2021

Kurangkan guna penyaman udara, timbalan menteri nasihat sekolah

 

Timbalan Menteri Pendidikan Mah Hang Soon (dua dari kiri) membuat lawatan kerja ke Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Remaja di pusat pemberian vaksin Sekolah Menengah Kebangsaan Proton City, Tanjung Malim. (Gambar Bernama)

TANJUNG MALIM: Pihak pengurusan sekolah dinasihatkan supaya mengurangkan penggunaan penyaman udara bagi memastikan sistem pengudaraan dan kualiti udara yang baik sebagai langkah keselamatan bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19 apabila sesi persekolahan kembali dibuka.

Timbalan Menteri Pendidikan Mah Hang Soon berkata, kadar suhu yang dinasihatkan adalah antara 23 hingga 26 darjah Celsius sekiranya penyaman udara masih digunakan di bangunan sekolah.

“Kita nasihatkan supaya mengurangkan penggunaan penyaman udara dan suhu jangan sejuk sangat (jika guna), yang paling penting adalah pengudaraan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) Remaja di pusat pemberian vaksin (PPV) Sekolah Menengah Kebangsaan Proton City di sini.

Mah berkata, pihaknya sedang melakukan pemantauan bagi memastikan setiap sekolah dan institusi pendidikan mempunyai sistem pengudaraan yang baik bagi mengelakkan penularan wabak Covid-19 sebagai antara persediaan pembukaan semula sesi persekolahan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.