`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Thursday, September 2, 2021

Mahkamah dengar permohonan lelaki Nigeria cabar perintah pengusiran pada 11 Nov

 

Simon Adavize Momoh dilihat memeluk peguamnya, V Vemal Arasan sambil diperhatikan isteri dan anak perempuannya, susulan pembebasannya pada 23 April lalu selepas ditahan selama 40 hari.

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi menetapkan 11 Nov untuk mendengar permohonan semakan kehakiman terhadap perintah pengusiran warga Nigeria, Simon Adavize Momoh.

Peguam V Vemal Arasan yang mewakili Momoh berkata, Hakim Wan Ahmad Farid Wan Salleh akan mendengar permohonan itu di mahkamah terbuka.

“Tarikh pendengaran ditetapkan hari ini ketika prosiding maya di depan hakim,” katanya kepada FMT.

Peguam Persekutuan, Liyana Muhammad Fuad mewakili Ketua Pengarah Imigresen dan Menteri Dalam Negeri, responden dalam permohonan itu.

April lalu, Momoh memfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap kerajaan kerana membatalkan pasnya dan mengarahkan pengusirannya.

Momoh dibebaskan 23 April lalu selepas ditahan di Depot Imigresen Semenyih selama 40 hari. Beliau pada asalnya ditahan kerana memandu di bawah pengaruh alkohol di sekatan jalan raya di Cheras pada Mac lalu.

Selepas didenda dan dipenjara sehari oleh mahkamah, Jabatan Imigresen membatalkan pas khasnya dan mengarahkan beliau diusir.

Pembebasannya menyusul pendengaran habeas corpus, dengan Hakim Ab Karim Ab Rahman memutuskan penahanan Momoh selama 40 hari sebagai tidak berperlembagaan dan melanggar prosedur.

Perintah pengusiran Momoh diemelkan kepada isterinya, Low Kar Hui pada 14 April lalu. Jabatan itu meminta Low mengatur penghantaran pulang suaminya itu ke Nigeria.

Menurut perintah itu, Momoh dianggap pendatang asing yang disekat.

Vemal, yang dibantu James Joshua Paulraj, berkata Momoh sudah diberikan pas khas oleh Jabatan Imigresen yang membenarkan beliau terus tinggal di negara ini sementara menunggu kesnya selesai. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.