`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!

 



 


Thursday, September 16, 2021

Putrajaya salur RM18.24 juta bantu pengurusan bencana di Sabah

 

Ismail Sabri Yaakob menyerahkan replika cek berjumlah RM18,241,250 kepada Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor dalam majlis penyampaian peruntukan persediaan bencana kerajaaan persekutuan melalui NADMA kepada kerajaan negeri untuk 2021/2022 di Menara Kinabalu hari ini. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Kerajaan menerusi peruntukan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menyalurkan kira-kira RM18.24 juta kepada Sabah bagi melancarkan proses pengurusan tindak balas bencana untuk rakyat terjejas.

Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob berkata, peruntukan berkenaan membabitkan urusan perolehan 2,000 unit kit makanan (RM160,000), pembelian 2,500 unit C-tent (RM961,250), operasi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (RM20,000), operasi 22 daerah Jawatankuasa Pengurusan Bencana (RM1.1 juta) dan pengurusan operasi Covid-19 di Sabah (RM16 juta).

“Saya berharap sebahagian daripada peruntukan ini dapat digunakan untuk pengurusan bencana dan meringankan beban mangsa kejadian tanah runtuh di Penampang, Sabah semalam.

“Saya turut bersimpati dengan keluarga mangsa terkorban,” katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, Ismail berkata, atas dasar prihatin dan tanggungjawab kepada kerajaan Sabah yang menghadapi kesukaran menguruskan bencana Monsun Timur Laut (MTL) sepanjang tahun, RM9.5 juta daripada Kumpulan Wang Amanah Bantuan Bencana Negara disalurkan bagi perbelanjaan operasi MTL untuk penggal 2021/2022.

Dalam kejadian petang semalam, tiga termasuk dua beranak disahkan maut dalam kejadian tanah runtuh di Forest Hill, Penampang akibat hujan lebat berterusan sejak tengah hari semalam.

Mangsa korban ialah Salmah Hamid, 25, anaknya, Dayana Zulazmil yang berusia lapan bulan dan Rosatima Asbirin, lima tahun.

Bagaimanapun, tiga lagi mangsa ditemui selamat dalam kejadian kira-kira 3.30 petang itu. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.