`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, September 24, 2021

Sampai masa Sabah diberi ‘autonomi ekonomi’, kata Salleh

 

Salleh Said Keruak turut menggesa Putrajaya mewakilkan kepada kerajaan Sabah mana-mana kuasa berkaitan yang membabitkan keputusan kewangan dan pelaburan. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA : Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah, Salleh Said Keruak menyokong penuh kenyataan dibuat Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Mokhtar Radin yang memohon agar Sabah diberikan autonomi penuh ekonomi.

Melalui hantaran di media sosial Facebook miliknya, Salleh berkata pemberian autonomi penuh kepada kerajaan Sabah dapat membuka ruang lebih luas kepada kerajaan negeri membuat keputusan penting demi kepentingan rakyat negeri itu.

“Merujuk kepada kenyataan dibuat DBM terbaru di Parlimen, saya percaya sudah tibanya masa Sabah diberikan ‘Autonomi Ekonomi’.

“Berikan Kerajaan Sabah kapasiti membuat keputusan bebas sendiri mengenai masa depan ekonominya,” katanya.

Beliau turut menggesa agar kerajaan tidak membuang masa, sebaliknya mewakilkan kepada kerajaan Sabah mana-mana kuasa yang berkaitan yang membabitkan keputusan kewangan dan pelaburan.

Semalam, Bung Mokhtar yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah meminta kerajaan Persekutuan memberikan autonomi penuh kepada negeri itu sebagai persediaan merebut peluang ekonomi selepas kerajaan Indonesia mengumumkan pelbagai projek infrastruktur dan peluang perniagaan di Kalimantan.

Sebelum ini, Presiden Indonesia, Joko Widodo mencadangkan pusat pentadbiran negara itu dipindahkan dari Jakarta ke Kalimantan yang mendapat kritikan dan bantahan daripada rakyat negara terbabit. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.