`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, September 4, 2021

‘Saya dah jumpa 10 duta asing’, kata Hadi

 

Abdul Hadi Awang berkata antara duta asing yang ditemui ialah dari Azerbaijan, Mesir, Iraq, Arab Saudi, Jordan, Syria, UAE, Oman dan Qatar.

PETALING JAYA: Seramai 10 duta asing dari Asia Barat sudah ditemui sepanjang berkhidmat sebagai Duta Khas ke Timur Tengah sebelum dilantik semula menjawat jawatan sama, kata Presiden PAS Abdul Hadi Awang.

Beliau yang menyambut baik lantikan semula dibuat Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob berkata, perbincangan lanjut dengan 10 duta yang ditemui sebelum ini dapat diteruskan semula.

“Sebelum ini saya sudah berjumpa dengan mereka (10 duta asing dari Asia Barat) bagi menjalinkan kerjasama dalam aspek politik, ekonomi dan pendidikan.

“Antara duta asing yang ditemui ialah dari Azerbaijan, Mesir, Iraq, Arab Saudi, Jordan, Syria, United Arab Emirates (UAE), Oman, Qatar. Itu termasuk dalam Asia Barat,” katanya menurut laporan Harakahdaily.

Hadi menjelaskan perhubungan diplomatik dengan duta berkenaan sudah dibuat dan susulan sudah dilakukan menteri berkaitan.

“Menteri sudah melawat ke negeri ini dan sebahagiannya sudah dilaksanakan, antaranya ialah dagangan minyak kelapa sawit.

“Kita semua tahu harga minyak kelapa sawit telah naik, itu hasil ‘follow up’ daripada pertemuan-pertemuan ini, dan termasuklah dalam soal pendidikan di Mesir, Jordan dan lain-lain.

“Ini termasuklah kerjasama membantu rakyat Palestin, membantu dengan lancar. Jadi, kerja telah dibuat, menyambung kerja sayalah,” jelasnya yang turut mendakwa duta berkenaan juga mengalu-alukan lantikan beliau sebagai Duta Khas ke Timur Tengah itu.

Selain Hadi, turut dilantik semula sebagai Duta Khas kepada Perdana Menteri pada mesyuarat pertama Jemaah Menteri 1 September lalu ialah Duta ke China, Tiong King Sing dan Duta ke Asia Timur, Richard Riot.

Semalam, tokoh wartawan veteran A Kadir Jasin mempersoalkan langkah kerajaan baharu yang meneruskan amalan melantik Ahli Parlimen sebagai duta khas dan berapa banyak wang pembayar cukai dibelanjakan untuk mereka.

“Adakah perlu kita menggaji duta khas bertaraf menteri sedangkan kita sudah ada ramai menteri dan diplomat profesional sebagai duta dan pesuruhjaya tinggi?,” katanya di Facebook. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.