`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Monday, September 20, 2021

Tetapkan kriteria lantikan bertaraf menteri, kata Dr M

 

Dr Mahathir Mohamad berkata, pelantikan bertaraf menteri adalah satu bentuk rasuah kerana fokusnya bukan pada tanggungjawab yang harus digalas individu terbabit, tetapi apa yang diperolehinya. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Dr Mahathir Mohamad menggesa kriteria digariskan untuk pelantikan seseorang ke jawatan yang bertaraf menteri.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, tanpa kriteria itu, pelantikan berkenaan boleh ditafsir sebagai satu bentuk rasuah untuk menyokong kerajaan.

Katanya, terdapat trend baru-baru ini yang menyaksikan ramai dilantik ke jawatan tertentu bertaraf menteri dan diberikan manfaat sama.

“Tetapi, tidak ada kriteria bagaimana taraf menteri itu diberikan.

“Ini satu bentuk rasuah kerana fokusnya bukan pada tanggungjawab yang harus digalas individu itu, tetapi apa yang akan diterima individu itu,” katanya ketika membahaskan ucapan Yang di-Pertuan Agong.

Mahathir mengakui ketika menjadi Perdana Menteri, beliau turut melantik individu ke jawatan bertaraf menteri.

Bagaimanapun, individu yang dilantiknya adalah pakar dalam bidang tertentu yang sudah bersara daripada perkhidmatan awam dan politik.

Baru-baru ini, bekas Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara bertaraf menteri.

Sebelum peletakan jawatan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri, beliau melantik Timbalan Presiden Bersatu, Ahmad Faizal Azumu sebagai Penasihat Khasnya.

Ahli Parlimen Bintulu, Tiong King Sing dan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang pula dilantik sebagai Duta Khas ke China serta Timur Tengah. Semua tiga pelantikan itu bertaraf menteri.

Undang-undang antilompat parti

Mahathir berkata, terdapat keperluan untuk menentukan dengan tepat apa yang dimaksudkan lompat parti.

Beliau berkata, ada kalanya parti politik perlu bergabung tenaga selepas pilihan raya untuk membentuk kerajaan gabungan kerana kekurangan majoriti.

Gabungan sedemikian, katanya, tidak patut ditafsir sebagai melompat parti, khasnya apabila mereka dibentuk berdasarkan perlembagaan parti masing-masing.

Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, ada kalanya ahli politik dipecat parti mereka dan kemudiannya menyertai parti lain.

“Kita tidak boleh melarang pembelotan. Ia perlu ditentukan apa yang dimaksudkan dengan melompat parti.” - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.