Kalau bukan anak Menteri, anak pemimpin politik pun lazimnya kaya raya millionaire dan berjaya dalam bisnes. Bukan saja daripada parti yang memerintah tetapi termasuk parti pembangkang yang pegang kuasa di peringkat negeri. Famili dan anak Menteri Besar serta ahli Exco lazimnya kaya dan sukses dalam bisnes.
Jadi saya pernah cadangkan bahawa untuk menjayakan Dasar Ekonomi Baru bagi kaum Melayu/bumiputera maka para Menteri, Menteri Besar, ahli Exco negeri dsbnya di galakkan berkahwin poligami tiga dan empat bini dan melahirkan zuriat yang ramai so that akan muncul lagi ramai Melayu / bumiputera yang berjaya jadi kaya raya dan sukses dalam bisnes. Akan berjaya lah Dasar Ekonomi Baru.
Tetapi sedih sekali apa yang juga sudah menjadi realiti ialah kerjaya bisnes ahli keluarga pemimpin politik juga menghadapi risiko 'end of shelf life' atau 'tamat tarikh luput'. Bila daddy sudah tidak lagi pegang kuasa atau bila famili tidak lagi terlibat 'inner circle' pemegang kuasa maka tiba-tiba kepintaran dan keupayaan menceburi bisnes pun agak terjejas.
B---im not alone to greet end of lifespan as listed entity
S--mi days numbered after Bursa rejected more time to submit regularisation
S--mi fell into PN17 status in 2019.
S--mi risk being delisted from Main Market on April
S--mi nosedived 2 sen (80%) to 0.5 sen, valuing company at mere RM6 mil
- B--im, S--mi two listed entities family link to Badawi
- B--im’s founded by brother
- S--mi controlled by son
cover story in The Edge (Feb 2019) “S--mi’s Colourful Past”:
in 2000 forays into the oil and gas sector.
Singapore-based analyst said, 'can’t go wrong'
July 2003 S--mi stock hit record high of RM16 per share
S--mi went through numerous upheavals At the end of the day, suffice to say that crony capitalism which leverages collusion between a business class and the political class will never be able to outlive the test of time – April 12, 2022
My Comments :
Saya akan ulangi 'lagu kebangsaan' blog ini - Dasar Ekonomi Baru gagal dan telah melahirkan generasi-generasi orang Melayu yang tetap gagal kerana DEB itu bukan dasar ekonomi pun.
Tidak ada sebarang buku teks ekonomi yang diajar di sebarang universiti atau kolej di atas muka bumi Allah ini yang boleh menghuraikan 'Dasar Ekonomi Baru'. It is simply not part of any economic theory.
DEB itu hanyalah gimik politik diwujudkan pada 1970 yang jelas telah diakui gagal pada tahun 1990 apabila Dr Mahathir nyatakan bahawa DEB gagal mencapai semua sasarannya.
Patutnya DEB dibubarkan saja pada 1990. Tetapi Dr Mahathir telah mengambil keputusan untuk terus kekalkan kesilapan besar ia itu untuk sambungkan DEB (hingga ke hari ini) di bawah nama lain seperti OPP (Outline Perspective Plan), Wawasan 2020 dsbnya.
Antara faktor terbesar gagalnya DEB adalah pendekatan AGIH. Dalam bahasa ekonomi 'AGIH' itu adalah four letter word (perkataan lucah, kotor, jijik).
Ikut teori ekonomi, segala harta dan kekayaan sesebuah masyarakat (negara) lebih sesuai 'mengalir' (flow) dengan sendiri untuk mencari tempat, kedudukan dan kestabilan dalam masyarakat dan ekonomi negara itu.
Segala dasar kerajaan hanya perlu untuk memastikan bahawa harta dan kekayaan negara boleh 'mengalir' (flow) dengan mudah dan pantas tanpa gangguan dan halangan. Itulah tugas kerajaan. Kerajaan hanya perlu jadi 'facilitator' atau 'enabler'. Undang-undang yang adil, sistem mahkamah yang baik, Polis dan Kastam yang bebas rasuah, infrastruktur, jalanraya, bekalan api dan air, sistem perbankan, sekolah dan universiti yang bagus, hospital dan bomba semuanya perlu untuk memastikan harta dan kekayaan negara boleh mengalir dan berpusing dalam ekonomi negara tanpa gangguan.
AGIH pula maksudnya Kerajaan sudah melanggar undang-undang ekonomi yang paling asas.
AGIH maksudnya Kerajaan sendiri mengambil peranan untuk menentukan bagaimana dan banyak mana harta dan kekayaan negara itu akan di kongsi-kongsi di kalangan masyarakat.
AGIH maksudnya Kerajaan yang putuskan siapa dapat apa, bila dan banyak mana.
Jadi Tun Daim Zainuddin terpaksa berkata bahawa 'political patronage' (sistem kroni politik juga) masih perlu untuk AGIHKAN harta dan kekayaan negara:
MAKA TIMBULLAH MASALAH BESAR GERGASI.
Apakah masalah besar gergasi itu?
Masalah besar gergasi ialah tidak ada sebarang cara yang betul, baik, berpahala, berbaloi dan berguna untuk pilih calon yang layak di AGIH harta dan kekayaan negara.
AGIH maksudnya Kerajaan yang putuskan. Agih maksudnya Kerajaan yang pilih siapa yang dapat bahagian dalam ekonomi negara. Itu saja.
Tetapi tidak ada kaedah atau cara apa pun yang lojik, saintifik, baik atau benar yang boleh digunapakai dalam proses membuat pilihan AGIH itu.
Maka akhir sekali terjadilah kes AGIH seperti berikut :
Kau satu bangsa dengan aku, nah kau ambil satuKau satu agama dengan aku, nah kau ambil satu
Kau penyokong politik aku, nah kau ambil satu
Muka kau hensem, nah kau ambil satu
Body kau cantik, nah kau ambil satu
Kau famili aku, nah kau ambil satu
Prinsip ekonomi yang basic (basic economic principles), perjalanan ekonomi tanpa gangguan dan halangan, "aliran" modal dalam ekonomi bebas semuanya tergendala.
Di ganti dengan sistem AGIH-MENGAGIH :
Bila aku pegang kuasa, yang se-bangsa aku akan kaya.
Bila aku pegang kuasa, yang se-agama aku akan kaya.
Bila aku pegang kuasa, yang se-famili aku akan kaya.
Bila aku pegang kuasa penyokong aku akan kaya.
Bila aku hilang kuasa, pelingkup lah mereka semua.
Itulah yang kita baca dalam berita di atas. Dua syarikat 'gergasi' yang pernah mempunyai hubungan famili dengan bekas perdana menteri sudah bungkus (PN17 dsbnya).
Tuan-Tuan perlu faham keburukan dan kebobrokan sistem ini. This system will never work. Kita mesti tongsampahkan sistem ini dengan secepat mungkin.
Tuan-Tuan, there is no such thing as 'kita akan membangunkan negara kita ikut acuan kita sendiri'. Itu semua hanya retorik politik untuk menipu Tuan-Tuan.
Akhir sekali, Tuan-Tuan yang jadi pokai. Kaum elit yang jadi kaya. Itulah maksud sebenar 'ikut acuan kita sendiri'.
Berita yang latest pula ada ahli First Family nak supply 'face mask' atau 'pelitup muka'. Rupanya famili baru nak AGIH harta negara.
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.