`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, April 30, 2022

Orang ramai balik kampung, jalan raya utama dan lebuh raya sesak

 

Aliran trafik di KM269 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara dilihat sesak dan bergerak perlahan pagi ini. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa jalan raya utama dan lebuh raya sesak dan perlahan pagi ini, terutamanya pergerakan keluar dari Lembah Klang, berikutan peningkatan jumlah kenderaan apabila orang ramai mula pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata, ke arah utara, kesesakan berlaku dari Hospital Sungai Buloh ke Bukit Beruntung, Bukit Tagar ke Tanjung Malim dan Ipoh Selatan ke Sungai Perak.

Katanya, pergerakan kenderaan juga perlahan dari Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE) di Bandar Dalam dan Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di Taman Melawati ke Plaza Tol Gombak terus ke Lentang.

Selain itu, katanya, trafik juga mulai perlahan di bahagian selatan seperti dari Putra Mahkota ke Kawasan Rehat dan Rawat (RnR) Seremban, Port Dickson menuju ke Senawang, dan juga dari Ayer Hitam ke Yong Peng.

Tambahnya, jumlah kenderaan dijangka terus meningkat di lebuh raya utama menuju ke selatan dan utara manakala lebuh raya menghala ke Pantai Timur telah mulai perlahan bermula 2 petang semalam.

“Orang ramai dinasihatkan untuk merancang perjalanan dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan serta berhati-hati memandu,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan @plustrafik di Twitter atau talian LLM di 1-800-88-7752 dan @llminfotrafik di Twitter. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.