`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, April 29, 2022

BAC 2022: Zii Jia mara ke suku akhir

 

Pilihan ketiga kejohanan Zii Jia akan berdepan pilihan kelapan Kanta Tsuneyama dari Jepun untuk penentuan tempat ke separuh akhir Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2022, hari ini. (Gambar badminton_official)

KUALA LUMPUR: Perseorangan badminton utama Malaysia Lee Zii Jia mara ke pusingan suku akhir selepas menewaskan Shesar Hiren Rhustavito dari Indonesia pada Kejohanan Badminton Asia (BAC) 2022 di Manila, Filipina, semalam.

Dalam aksi pusingan kedua, pemain ketujuh dunia Zii Jia mencatatkan kemenangan meyakinkan dalam set pertama menentang Shesar, 21-14, sebelum menang tipis pada set seterusnya dengan kelebihan dua mata, 22-20, untuk mara ke suku akhir kejohanan itu di Kompleks Sukan Muntinlupa.

Pilihan ketiga kejohanan Zii Jia akan berdepan pilihan kelapan Kanta Tsuneyama untuk penentuan tempat ke separuh akhir hari ini, selepas atlet Jepun itu menewaskan Tien Minh Nguyen dari Vietnam, 21-9, 21-10.

Sementara itu, pilihan keempat kejohanan Jonatan Christie dari Indonesia menghancurkan harapan Liew Daren untuk melangkah lebih jauh dalam kejuaraan itu, selepas beliau menewaskan pemain profesional Malaysia itu 21-14, 13-21, 21-19.

Dalam pada itu, perseorangan wanita nombor satu negara S.Kisona gagal ke pusingan seterusnya apabila kecundang di tangan pemain pilihan kelima dari China, He Bing Jao, 18-21, 14-21.

Dalam saingan beregu lelaki, pemenang gangsa Olimpik Tokyo 2020, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengetepikan cabaran pasangan Singapura, Danny Bawa Chrisnanta-Jun Liang Andy Kwek 21-16, 21-19 untuk meraih tempat di suku akhir bagi menentang Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty dari India.

Terdahulu Satwiksairaj-Chirag merekodkan kemenangan straight set ke atas lawan mereka dari Jepun, Akira Koga-Taichi Saito, 21-17, 21-15.

Juara Terbuka Jerman 2022, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani pula menundukkan Kang Minhyuk-Kim Wonho dari Korea Selatan 21-17, 21-17 bagi menempah tempat pada suku akhir.

Mereka akan berdepan Ren Xiang Yu-Tan Qiang selepas beregu bukan pilihan dari China itu mengejutkan pilihan utama kejohanan, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan dari Indonesia 21-9, 21-15.

Bagaimanapun, pemenang gangsa Kejohanan Dunia 2021 Ong Yew Sin-Teo Ee Yi dikejutkan dengan kekalahan di tangan pasangan muda Indonesia Pramudya Kusumawardana-Yeremia Erich Yoche Yacob Rambitan, 16-21, 21-18, 16-21 dalam perlawanan yang berlangsung selama 52 minit.

Selain itu, beregu wanita utama kebangsaan Pearly Tan-M. Thinaah turut melangkah ke suku akhir setelah menewaskan Yeung Nga Ting-Yeung Pui Lam dari Hong Kong 21-13, 23-21 selepas 33 minit perlawanan.

Pilihan keempat kejohanan Yuki Fukushima-Sayaka Hirota menanti Pearly-Thinaah yang merupakan pilihan ketujuh di pusingan seterusnya, selepas pasangan Jepun itu menundukkan Chasinee Korepap-Jhenicha Sudjaipraparat dari Thailand, 21-13, 21-18.

Namun, beregu campuran profesional Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie gagal melepasi halangan di pusingan kedua selepas kalah kepada Yuki Kaneko-Misaki Matsutomo dari Japan dalam rubber set, 19-21, 21-16, 13-21.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.