`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, April 29, 2022

‘U-turn’ mengenai guru tak divaksin tunjuk sikap tak konsisten kerajaan, kata Ahli Parlimen

 

Kerajaan mengumumkan bahawa guru yang tidak divaksin akan dibenarkan mengajar secara bersemuka dalam bilik darjah.

PETALING JAYA: Seorang ahli Parlimen memberi peringatan mengenai ketidakpercayaan orang ramai terhadap keputusan kerajaan berikutan pengumuman bahawa guru yang tidak divaksin akan dibenarkan mengajar secara bersemuka dalam bilik darjah.

Ahli Parlimen Bandar Kuching dari DAP, Dr Kelvin Yii berkata, keputusan itu menunjukkan sikap tidak konsisten dalam membuat dasar.

Kenyataan terbaru Menteri Pendidikan Radzi Jidin berhubung guru yang tidak divaksin semalam jelas berubah berbanding pengumuman yang dibuat kementerian itu pada tahun lalu.

Sebelum ini, guru diberi amaran bahawa tindakan akan diambil terhadap mereka memandangkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) telah mengeluarkan arahan mewajibkan vaksinasi Covid-19 kepada semua penjawat awam.

“Sikap tidak konsisten seperti ini secara dasarnya membina ketidakpercayaan terhadap kerajaan,” kata Yii kepada FMT.

“Selepas ini, siapa yang akan ikut arahan kerana ia mungkin berubah-ubah pada bila-bila masa? Pada pandangan saya, semua kumpulan berisiko tinggi dan penjaga kumpulan berisiko tinggi termasuk guru, harus divaksin.”

Yii yang mengetuai Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan, Sains dan Inovasi Parlimen berkata, ibu bapa perlu dimaklumkan mengenai guru yang tidak divaksin di sekolah anak-anak mereka.

Katanya, guru terbabit juga perlu menjalani ujian saringan Covid-19 sebelum masuk ke kawasan sekolah setiap hari.

Sementara itu, Pengerusi Kumpulan Tindakan Ibu Bapa dalam Pendidikan Melaka (MAGPIE) Mak Chee Kin, mengkritik guru yang tidak divaksin itu kerana “membuat bantahan dengan ketara” terhadap arahan kerajaan.

Beliau mencadangkan supaya guru terbabit dipindahkan ke Pejabat Pendidikan Daerah untuk menjalankan tugas pentadbiran atau dipindahkan ke sekolah terpencil yang mempunyai jumlah murid yang kecil.

“Ini adalah segelintir yang degil,” katanya.

“Tindakan perlu diambil untuk menegur mereka. Jika tidak, kita akan mempunyai contoh yang buruk.” - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.